Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Townvilla sering dilanda banjir kilat

Kediaman penduduk sekali lagi dilanda banjir kilat akibat hujan lebat malam kelmarin

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Penduduk di kawasan Townvilla, Sibu Jaya sekali lagi kecoh apabila kediaman mereka dilanda banjir kilat akibat hujan lebat malam kelmarin.

Memang sudah banyak kali kediaman di kawasan itu mengalami banjir kilat sepanjang tahun ini termasuk tahun lalu.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, setiap kali hujan lebat begitulah nasib mereka.

Jelasnya, perkara ini sudah beberapa kali diajukan kepada pihak berkuasa namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Sebab utama kami di sini sering dilanda banjir kilat ialah sistem perparitan di kawasan ini tidak sempurna dan air tidak disalurkan secara sistematik.

“Lebih-lebih lagi di kawasan belakang rumah kami terdapat satu projek pembanguna­n sedang dilakasana­kan. Apabila hujan turun dengan lebat, air akan melimpah ke

Sebab utama kami di sini sering dilanda banjir kilat ialah sistem perparitan di kawasan ini tidak sempurna dan air

” tidak disalurkan secara sistematik.

Penduduk

kawasan kami. Ia menyebabka­n banjir,” ujarnya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menceritak­an kejadian banjir, beliau memberitah­u, semua rumah terjejas hingga masuk ke dalam rumah mereka.

“Seperti kebiasaann­ya air akan melimpah masuk ke dalam rumah. Kami terpaksa berjaga hingga ke larut malam sehingga air mulai surut selepas tengah malam,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah panik apabila air masuk ke dalam rumah sedalam buku lali.

“Kami bersama ahli keluarga lain segera memindahka­n alatan elektrik seperti televisyen dan perabot lain berserta soket, wayar dan yang berkaitan dengan alatan elektrik ke tempat yang lebih tinggi kerana bimbang akan terkena air dan boleh mengundang bahaya kepada kami sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk mendakwa, sistem perparitan di kawasan Townvilla tidak sempurna disebabkan projek gereja terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan mereka.

Beliau berharap, pihak berkenaan dapat mengatasi masalah mereka di kawasan Townvilla khususnya masalah sistem perparitan.

“Sebenarnya, sistem perparitan di kawasan kami ini tidak sempurna. Ini disebabkan projek gereja di mana semua air terus menuju parit berdekatan hingga menyebabka­nnya sumbat dan penuh. Apabila parit penuh air akan melimpah ke kawasan rumah kami ini,” jelasnya.

Beliau berharap pihak berkuasa berkaitan lebih tegas dan turun padang menyelesai­kan masalah sistem perparitan di situ.

“Cakap sahaja tidak cukup tanpa disusuli dengan tindakan. Kami sudah tidak tahan lagi hidup begini. Setiap kali hujan lebat perasaan sentiasa bimbang.

“Entah apa akan terjadi selepas ini sekiranya pihak yang bertanggun­gjawab belum membuat apa- apa alternatif untuk membantu kami di sini,” tambahnya lagi.

 ??  ?? BANJIR: Kombinasi gambar-gambar banjir di kawasan Townvilla, Sibu Jaya. Ia merangkumi air melimpah masuk ke tepi bahagian rumah, tempat letak kereta, dalam rumah akibat sistem perparitan yang tersumbat.
BANJIR: Kombinasi gambar-gambar banjir di kawasan Townvilla, Sibu Jaya. Ia merangkumi air melimpah masuk ke tepi bahagian rumah, tempat letak kereta, dalam rumah akibat sistem perparitan yang tersumbat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia