Utusan Borneo (Sarawak)

200 anggota sukarelawa­n JPAM KL siap sedia hadapi banjir di Pantai Timur

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 200 anggota sukarelawa­n Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM) Kuala Lumpur bersiap sedia untuk dikerah bagi membantu operasi banjir di tiga buah negeri di Pantai Timur, akhir tahun ini.

Pengarah JPAM Kuala Lumpur, Lt Kol (Pertahanan Awam) Mohd Zubir Mohd Juzad berkata sukarelawa­n berkenaan akan berkumpul di pusat kawalan operasi daerah dalam tempoh tiga jam selepas menerima panggilan daripada pusat itu.

“Sukarelawa­n yang dipanggil akan melapor diri di tiga pusat kawalan operasi daerah di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Cheras, Jalan Padang Tembak dan Dang Wangi sebelum bergerak ke kawasan terjejas banjir,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika meninjau latihan pengendali­an bot yang dijalankan oleh Pejabat Daerah JPAM Dang Wangi di Tasik Universiti Pertahanan Na- sional Malaysia, Sungai Besi, di sini.

Sebanyak 40 anggota sukarelawa­n berserta pegawai daripada pejabat daerah berkenaan terlibat dalam latihan itu seiring dengan usaha JPAM untuk memantapka­n kemahiran anggotanya dalam menghadapi musim tengkujuh kelak.

Mohd Zubir menjelaska­n semua anggota sukarelawa­n yang terlibat dalam menggalas operasi di kawasan terjejas akibat musim tengkujuh baka dilindungi insurans di bawah Tabung Amanah Perwira Negara.

Dalam pada itu, katanya cuti pegawai JPAM Kuala Lumpur akan dibekukan sekiranya keadaan banjir berada pada tahap kritikal.

Katanya selain latihan yang dijalankan, persiapan menghadapi musim tengkujuh turut diadakan dari semasa ke semasa antara lain perbincang­an bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi terlibat yang menjurus kepada aspek pengurusan bencana alam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LATIHAN PERSIAPAN HADAPI BANJIR: JPAM Wilayah Persekutua­n mengadakan Latihan Pengendali­an Bot bagi persediaan menghadapi banjir di Pusat Marin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur, semalam. Kelihatan beberapa...
— Gambar Bernama LATIHAN PERSIAPAN HADAPI BANJIR: JPAM Wilayah Persekutua­n mengadakan Latihan Pengendali­an Bot bagi persediaan menghadapi banjir di Pusat Marin Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur, semalam. Kelihatan beberapa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia