Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 50,000 anggota JPAM sedia hadapi banjir

11,800 boleh digerakkan serta-merta dalam tempoh 2 jam

-

MELAKA: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersiap siaga untuk mengerah 49,800 anggota tetap dan sukarelawa­nnya membantu masyarakat jika berlaku bencana banjir di mana- mana negeri yang terlibat.

Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) JPAM, Selamat Dahlan berkata daripada jumlah itu, 11,800 adalah anggota yang boleh digerakkan serta- merta dalam tempoh dua jam permulaan banjir manakala selebihnya adalah sukarelawa­n yang boleh dipanggil membantu tugas susulan operasi.

“JPAM sentiasa bersedia dan meletakkan kesemua kekuatan dan aset dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi bencana alam yang saban tahun melanda beberapa negeri di seluruh negara.

“Kita yakin kekuatan ini mampu untuk membantu dan bergerak seiring dengan jabatan yang lain kerana

Kita yakin kekuatan ini mampu untuk membantu dan bergerak seiring dengan jabatan yang lain kerana setiap anggota telah didedahkan dengan kursus pengurusan bencana dan peranan di pusat pemindahan bagi melancarka­n sistem operasi ketika banjir melanda di

” sesuatu kawasan.

setiap anggota telah didedahkan dengan kursus pengurusan bencana dan peranan di pusat pemindahan bagi melancarka­n sistem operasi ketika banjir melanda di sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) Peringkat Negeri Melaka mewak- ili Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), di sini semalam.

Selamat berkata selain sukarelawa­n daripada kalangan orang awam, pihaknya juga akan menggerakk­an sukarelawa­n Siswa Siswi Pertahanan Awam untuk turut memberi bantuan ketika musim banjir.

Terdahulu, dalam majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar mewakili Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata CDERT akan menjadi barisan hadapan dalam memberi bantuan kecemasan kepada masyarakat di negeri itu apabila berlaku bencana terutama banjir.

Beliau berkata pasukan itu mampu memperkema­skan struktur bantuan kecemasan sedia ada kerana ia dianggotai pemimpin masyarakat, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung dan komuniti setempat.

“Sebanyak 28 Dewan Undangan Negeri ( DUN) di negeri ini telah mewujudkan pasukan CDERT sebagai persediaan awal dalam pengurusan bencana.

“Penglibata­n komuniti setempat dalam pasukan ini penting kerana mereka lebih memahami bentuk muka bumi serta lokasi yang terlibat dengan bencana,” katanya. — Bernama

Selamat Dahlan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia