Utusan Borneo (Sarawak)

Pencarian guru besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai

-

KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramania­m berkata pencarian guru besar berkenaan akan melibatkan enam anak sungai dalam lingkungan dua kilometer radius dari perkampung­an Orang Asli kampung itu.

“Polis akan terus berusaha menjejak Jashiah dan berharap menjumpai beliau dalam masa dua atau tiga hari ini,” katanya ketika ditemui Bernama di pusat operasi.

Supramania­m berkata operasi SAR itu melibatkan 61 anggota terdiri daripada polis, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Veteran Komando Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia dan penduduk kampung berkenaan.

“Pasukan operasi SAR kini dipecahkan kepada enam kumpulan dalam mengesan mangsa yang hilang, apa yang kami harapkan adalah Jashiah ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Supramania­m berkata se- banyak 30 bungkus bantuan makanan kecemasan (talian hayat) berisi biskut, gulagula, roti, lilin dan mancis akan ditempatka­n di lokasi pencarian yang telah ditanda oleh polis sebelum ini.

“Bungkusan berkenaan hanya akan diletakkan setiap 300 meter bagi membantu Jashiah mendapat bekalan asas,” katanya.

Sementara itu, salah seorang daripada sukarelawa­n yang terlibat dalam operasi itu, Khairul Annuar, 63, berkata beliau mendapat idea ‘talian hayat’ berdasarka­n pengalaman lepasnya mengikuti beberapa operasi SAR sebelum ini.

“Saya mengharapk­an Jashiah dapat mengisi tenaga selama 24 jam lagi dengan menemui bungkusan talian hayat itu.

“Selain makanan yang diberi kami juga meletakkan nota sebagai panduan kepada Jashiah untuk mencari jalan keluar,” katanya.

Katanya, antara pesan yang ditulis dalam nota itu meminta agar Jashiah tidak panik, kekal berada di tempat talian hayat dan menyalakan api bagi memudahkan pasukan penyelamat mengesan beliau.

Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAEDAH TALIAN HAYAT: Khairul menunjukka­n talian hayat yang digunakan bagi membantu dan mengesan Jashiah yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas di Kuala Kubu Bharu.
— Gambar Bernama KAEDAH TALIAN HAYAT: Khairul menunjukka­n talian hayat yang digunakan bagi membantu dan mengesan Jashiah yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas di Kuala Kubu Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia