Utusan Borneo (Sarawak)

Tahanan reman lelaki kelar pelajar perempuan disambung tujuh hari

-

GEORGE TOWN: Pengawal keselamata­n yang ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan tingkatan lima, yang ditemui mati di rumah keluargany­a di Teluk Kumbar dekat sini, disambung reman selama tujuh hari lagi bermula hari ini.

Jurucakap polis berkata lelaki berusia 20 tahun yang ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa pada Ahad lepas direman selama tujuh hari sebelum ini dan tempoh berkenaan tamat semalam.

“Polis berjaya mendapatka­n perintah sambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok (hari ini) hingga 8 Nov ini bagi melengkapk­an kertas siasatan kes berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Katanya polis percaya dapat melengkapk­an siasatan kes itu dalam tempoh berkenaan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Ketua Unit Perundanga­n untuk tindakan selanjutny­a.

Suspek yang juga teman lelaki mangsa dibawa ke Mahkamah George Town pagi semalam dan Pendaftar Mahkamah Rehah Ismail membenarka­n polis menyambung reman suspek selama tujuh hari lagi.

Jurucakap polis berkata kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada jam 7.30 malam.

Pelajar perempuan tingkatan lima, yang ditemui mati di rumah keluargany­a di Teluk Kumbar itu telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad dilaporkan berkata suspek memberitah­u polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia