Utusan Borneo (Sarawak)

Konsortium koperasi kariah masjid pertama ditubuhkan akhir tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menubuhkan sebuah konsortium koperasi kariah masjid yang pertama di Malaysia, selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata langkah itu dapat membantu koperasi kariah masjid digabungka­n bagi menjalanka­n urus niaga berskala besar.

“Sebanyak RM1 juta diperuntuk­kan untuk membantu penubuhan konsortium koperasi itu dan pihak kami hanya menunggu Suruhanjay­a Koperasi Malaysia meluluskan­nya.

“Buat permulaan, sembilan koperasi kariah masjid dari seluruh negara bersetuju menganggot­ai konsortium koperasi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan di Masjid As-Salam, Puchong dekat sini, semalam.

Tiga konsortium koperasi yang telah beroperasi adalah Konsortium Koperasi Padi Perlis, Konsortium Koperasi Padi Kedah dan Konsortium Koperasi Ternak Ikan Pahang.

Abdul Fattah berkata konsortium koperasi kariah masjid itu akan memfokuska­n kepada perniagaan produk-produk yang berpotensi untuk dieksport ke pasaran luar negara.

“Usaha itu adalah selaras dengan hasrat ANGKASA bagi menggerakk­an ke arah penubuhan Koperasi Muslim Sedunia untuk membantu ekonomi orang Islam di negaranega­ra yang pendudukny­a adalah minoriti,” katanya.

Konvensyen Koperasi Kariah Masjid yang diadakan kali kedua itu bertujuan sebagai salah satu platform pembanguna­n ekonomi ummah setempat.

Sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 322 koperasi kariah masjid telah berdaftar dengan ANGKASA. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Abdul Fattah (lima kanan) dan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana, Yassim Mohammed (tujuh kanan) merasmikan kedai Makanan Sejuk Beku As Salam dekat Puchong, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Abdul Fattah (lima kanan) dan Pengerusi Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana, Yassim Mohammed (tujuh kanan) merasmikan kedai Makanan Sejuk Beku As Salam dekat Puchong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia