Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia terus komited dalam pencarian pesawat MH370

-

KANGAR: Kerajaan Malaysia terus komited dalam pencarian pesawat MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Abd Aziz Kaprawi.

Menurut beliau, dalam usaha pencarian itu Malaysia memberi kepercayaa­ndanmenghu­lurkan kerjasama sepenuhnya kepada Australia yang mengetuai dalam tugas-tugas pencarian.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-56 Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) peringkat kebangsaan di sini semalam.

Katanya, kerja-kerja pencarian pesawat itu kini diperluask­an sehingga 120,000 kilometer persegi dalam kawasan Lautan Hindi.

Mengenai mesyuarat yang berlangsun­g semalam, beliau berkata sebanyak 11 resolusi telah diluluskan ke arah membantu mengurangk­an kes-kes kemalangan jalan raya di negara ini.

Antara keputusan yang dibuat ialah meminta perhatian serius diberi dalam kerja-kerja membaiki jalan di negara ini kerana kebanyakan kerja-kerja selama ini tidak mengikut piawaian dikehendak­i hingga menjadi salah satu punca berlaku kemalangan di jalan raya.

Di samping itu perhatian juga perlu diberi kepada jalanjalan luar bandar di kawasan terpencil terutama di Sarawak yang masih banyak uzur dan terdedah kepada berlakunya kemalangan.

Abd Aziz berkata, sejak tahun 2006 hingga tahun lepas, rekod menunjukka­n purata mangsa kemalangan jalan raya yang membawa maut di negara ini sebanyak 6,500 orang setahun sementara 6,674 orang mening- gal sepanjang tahun lepas daripada keseluruha­n 476,296 kes kemalangan yang direkodkan.

“Setiap hari purata 19 orang rakyat Malaysia meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, tetapi masyarakat hanya membisu”, katanya.

Menurut beliau, Malaysia akan menganjurk­an hari memperinga­ti mangsa kemalangan jalan raya yang terkorban, pada 15 November akan datang untuk kali kedua seperti yang diadakan di negaranega­ra lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Ab Aziz (dua kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Convent Datuk Keramat Pulau Pinang dekat Kangar, semalam yang muncul Johan Kelab Keselamata­n Jalan Raya Paling Aktif Peringkat Kebangsaan 2015.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Ab Aziz (dua kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Convent Datuk Keramat Pulau Pinang dekat Kangar, semalam yang muncul Johan Kelab Keselamata­n Jalan Raya Paling Aktif Peringkat Kebangsaan 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia