Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud garis panduan penggunaan vape

-

CYBERJAYA: Majlis Belia Selangor ( MBS) meminta kerajaan mewujudkan garis panduan mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape agar ia tidak disalah guna, kata presidenny­a, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan perlu merangka peraturan atau undang-undang mengenai penggunaan vape bagi memastikan ia tidak menjadi antara elemen yang boleh menyebabka­n masalahmas­alah gejala sosial termasuk penyalagun­aan dadah.

“Adanya panduan tertentu akan memastikan vape tidak disalahgun­akan kerana penggunaan vape ada kebaikan untuk mengurangk­an jumlah perokok di negara ini.

“Cuma kita takut orang ramai yang menggunaka­nnya akan mengadunka­n den- gan dadah- dadah sintetik yang boleh menyebabka­n kemudarata­n di kalangan masyarat khususnya generasi muda,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan tidak mengharamk­an penggunaan vape.

Irmohizam berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n persidanga­n kemuncak Perikatan Usahawan MudaKomanw­el-Asia(CAYEAsia), di sini semalam.

Kabinet dalam mesyuarat mingguanny­a pada Jumaat lalu memutuskan tidak mengharamk­an penggunaan vape walaupun Kementeria­n Kesihatan melahirkan kebimbanga­nnya tentang penggunaan rokok elektronik itu.

Irmohizam berkata beliau juga telah membuat kajian di peringkat antarabang­sa men- genai sejarah vape dan mendapati peralatan itu telah dihasilkan oleh individu dari negara China setelah bapanya meninggal dunia akibat kanser.

“Jadi, individu itu telah membuat kajian dan inovasi terhadap penghasila­n rokok eletronik dan apabila vape di bawa ke Eropah, United Kingdom dan Perancis, penggunaan­nya tidak diharamkan tetapi dikenakan undang-undang agar ia tidak disalahgun­akan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Irmohizam yang turut menyokong kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai industri berasaskan vape berpotensi besar melahirkan golongan usahawan kalangan belia.

“Pada hemat saya, jaringan menggunaka­n media sosial merupakan antara fokus dilakukan usahawan industri vape. Rakyat Malaysia begitu kreatif untuk adunkan antara penambahba­ikan dan jenama vape sehingga menghasilk­an perisa vape seperti Musang King dan ikan.

“Ini merupakan perkara yang perlu diambil kira. Kita sudahpun ada pembanguna­n dan penyelidik­an (R&D) dan jaringan perniagaan francais dan hanya memerlukan bentuk kawalan bagi melahirkan golongan usahawan muda dalam industri ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, Irmohizam mengusulka­n cadangan kepada Ismail Sabri agar menjadikan Anggerik Mall di Shah Alam sebagai pusat penjualan dan pendidikan industri rokok elektrok bagi mengembang­kan perniagaan vape itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia