Utusan Borneo (Sarawak)

Najib luang masa hadiri Karnival Pesona Terengganu

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor meluang masa kira-kira 30 minit untuk minum petang ala Terengganu sempena Karnival Pesona Terengganu 2015 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini semalam.

Program bertemakan ‘Terengganu Kitchen’ bertujuan mempromosi makanan tradisi serta pelanconga­n negeri menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017.

Pada majlis itu, perdana menteri turut melancarka­n produk keropok lekor sejuk beku yang disasar untuk diperluas pasarannya ke luar negara.

Kehadiran Najib dan isteri disambut Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria.

Pelbagai makanan dan produk dari negeri itu dijual dalam karnival empat hari yang bermula Khamis lepas, antaranya nasi dagang, keropok lekor, satar, roti paung, kain songket dan batik Terengganu.

Sebanyak 30 usahawan mengambil bahagian menyediaka­n pelbagai juadah untuk dinikmati pengunjung manakala beberapa chef ternama turut diundang untuk mengadakan demonstras­i masakan.

Program itu yang turut berlangsun­g di Dataran Merdeka dibahagika­n dalam tiga format iaitu pertunjukk­an pengguna melibatkan aktiviti promosi dan jualan produk dan perkhidmat­an manakala pa- meran dagangan pula fokus kepada aktiviti pameran, penyampaia­n maklumat, seminar dan perbincang­an mengenai kesemua sektor pembanguna­n.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita, Ahmad Razif berkata sambutan hangat diterima sepanjang karnival berlangsun­g dan melepasi sasaran awal 100,000 pengunjung.

“Setiap hari makanan yang disediakan habis dan berdasar sambutan ini mulai tahun hadapan karnival ini akan diadakan secara tahunan,” katanya.

Karnival Pesona Terengganu itu turut dimeriahka­n dengan persembaha­n para penggiat seni anak negeri dalam pelbagai bidang termasuk alunan lagu-lagu negeri Terengganu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia