Utusan Borneo (Sarawak)

Debat 1MDB tidak menjadi masalah jika membantu jernihkan keadaan

-

KUALA LUMPUR: Debat terbuka mengenai 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) boleh diadakan jika ia dapat membantu memperjela­skan kepada orang ramai pelbagai isu membabitka­n syarikat itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau berkata debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda dan anggota Jawatankua­sa Kira- Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua tidak menjadi masalah untuk diadakan sekiranya ia boleh menjernihk­an keadaan.

“Saya secara peribadi menyambut baik debat itu diadakan tetapi kalau ia menjurus kepada kemusnahan dan tidak ada perkara yang membina untuk orang ramai, saya bimbang bahawa ia tidak memberi manfaat kepada kita semua.

“Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa isu 1MDB harus diselesaik­an dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai acara larian amal Malaysian United Run anjuran Institut Onn Jaafar (IOJ) di Padang Merbuk, di sini, semalam.

Khamis lepas, Arul Kanda dalam satu kenyataan berkata beliau sedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota PAC.

Peneraju 1MDB itu berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil ba- hagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukak­an soalan.

Pada masa sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1MDB antara Arul Kanda dan Tony Pua.

Sementara itu di JOHOR BAHARU, Ahli Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Samad mengingatk­an Pua, yang juga Anggota Jawatankua­sa Kira- Kira Wang Negara (PAC), agar tidak dipengaruh­i emosi ketika berdebat dengan Arul Kanda sehingga mendedahka­n perkara yang tidak sepatutnya, sekali gus menghina Parlimen.

Beliau berkata Pua seharusnya berhati- hati dalam perdebatan itu kerana sikap beremosi mungkin menyebabka­n beliau memberitah­u perkara yang tidak sepatutnya berkaitan 1MDB sebelum ia dibentangk­an kepada Parlimen.

“Kalau dia mendedahka­n atau bertanya satu soalan yang diketahui dari segi kedudukan sebagai ahli PAC, dia melakukan penghinaan kepada Parlimen,” katanya ketika pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan dokumen dan surat pembatalan pengambila­n tanah penduduk Taman Kim Teng, di sini semalam.

Kelmarin, bekas Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata perdebatan terbuka berhubung isu pelaburan 1MDB patut dihentikan sebagai mengelak kredibilit­i dan integriti jawatankua­sa itu dipersoal mana-mana pihak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LARIAN AMAL: Hishammudd­in mendukung cucunya ketika hadir bersama isterinya Marsilla (kanan) untuk menyertai larian amal Malaysian United Run di Padang Merbok, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LARIAN AMAL: Hishammudd­in mendukung cucunya ketika hadir bersama isterinya Marsilla (kanan) untuk menyertai larian amal Malaysian United Run di Padang Merbok, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENYAMPAIA­N CEK: Wan Mohd Zahid (dua kiri) menyampaik­an replika cek berjumlah RM223,000 Bantuan Mahad Tahfiz (Persendiri­an) dan Peralatan Komputer Masjid kepada wakil penerima Hasna Ab Samad (kanan) pada Majlis Karnival Ukhuwah MAIPk di Mydin Meru...
— Gambar Bernama PENYAMPAIA­N CEK: Wan Mohd Zahid (dua kiri) menyampaik­an replika cek berjumlah RM223,000 Bantuan Mahad Tahfiz (Persendiri­an) dan Peralatan Komputer Masjid kepada wakil penerima Hasna Ab Samad (kanan) pada Majlis Karnival Ukhuwah MAIPk di Mydin Meru...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia