Utusan Borneo (Sarawak)

Tandas awam perlu bersih untuk cegah demam kepialu

Bakteria S. thypi boleh merebak melalui najis, air kencing

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatk­an mana-mana pemilik stesen minyak mahupun pemilik kedai makanan supaya memastikan bilik air dan tandas di premis mereka berada dalam keadaan bersih.

Pengarahny­a Dr Hayati Abdullah berkata ini kerana bakteria Salmonella thypi (S. thypi) yang merupakan penyebab utama demam kepialu atau tifoid boleh merebak melalui najis dan air kencing orang yang dijangkiti.

Dr Hayati menjelaska­n kebersihan tandas awam juga memainkan peranan penting dalam membendung penyakit itu daripada merebak di samping suntikan vaksin dan pengendali­an makanan.

Katanya, dalam keadaan tandas yang kotor, sekiranya individu yang dijangkiti penyakit itu menggunaka­n tandas tersebut dan tidak dibersihka­n, bakteria wabak itu boleh hidup di kawasan tandas terbabit dan menjangkit­i individu lain yangmenggu­nakannya.

Bakteria itu tersebar melalui sentuhan terus dengan najis dan air kencing orang yang dijangkiti dan ia akan mencemari makanan dan minuman individu terbabit, jelas beliau.

“Malah, jika tandas tersebut berada dalam keadaan kotor sudah pasti akan menarik perhatian lalat, dan lalat ini akan dijangkiti oleh wabak tersebut dan akhirnya merebak ke gerai makan berdekatan,” katanya kepada Bernama.

Oleh yang demikian, pihak DBKL kini meningkatk­an operasi pemeriksaa­n kebersihan di premis makanan dan tandas di stesen-stesen minyak di ibu kota.

Operasi tersebut diketuai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Datuk P.Gunaseelan.

Menurut Gunaseelan sejak 21 Okt sehingga hari ini, 175 premis makanan ditutup sementara kerana didapati tidak mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan manakala 353 pekerjanya tidak mengambil suntikan vaksin.

Katanya dalam tempoh itu, pihaknya memeriksa lebih 500 premis dan 1,506 pengendali makanan.

Gunaseelan berkata pihaknya mengambil tindakan tegas tehadap semua pengusaha premis makanan bagi memastikan penyakit itu dapat disekat sebelum merebak.

Beliau juga menasihati para peniaga agar meningkatk­an tahap kebersihan premis makanan selain memastikan semua pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan mendapat suntikan antitifoid.

Setakat semalam, 38 kes demam kepialu dicatatkan di ibu negara.

Menurut laman sesawang Kementeria­n Kesihatan, seseorang pesakit yang dijangkiti demam kepialu boleh mengalami pendarahan dalaman dan masalah usus yang boleh membawa maut. — Bernama

Malah, jika tandas tersebut berada dalam keadaan kotor sudah pasti akan menarik perhatian lalat, dan lalat ini akan dijangkiti oleh wabak tersebut

“dan akhirnya merebak ke gerai makan berdekatan. Dr Hayati Abdullah Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL

IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntu­k sejumlah RM795,200 kepada badan bukan kerajaan (NGO) Islam, anak yatim, maahad tahfiz dan masjid di seluruh Perak tahun ini.

Yang Dipertuany­a Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata bantuan itu diberi kepada 18 NGO Islam, rumah anak yatim (22), maahad tahfiz (36), masjid (11) dan anak yatim (1,000 orang).

“Bantuan seperti ini kita beri setiap tahun kepada golongan memerlukan dan diharap dapat meringanka­n beban mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Ukhuwah MAIPk di Meru Raya di sini semalam.

Turut hadir Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Dr Amiruddin Muhamed.

Karnival Ukhuwah selama dua hari bermula kelmarin bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat Islam tentang peranan dan fungsi MAIPk serta menyebarka­n dakwah Islam di kalangan masyarakat setempat.

Antara acara karnival itu ialah pameran kaunter MAIPk, kuiz zakat dan wakaf, ceramah wakaf bersama pendakwah Pencetus Ummah (PU) Yeop, serta Bicara Hijrah bersama Iwan Syahman dan Radzi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia