Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Johor disaran laksanakan peranan sebagai Sahabat Pelanconga­n

-

JOHOR BAHARU: Masyarakat di negeri ini disaran memainkan peranan sebagai Sahabat Pelanconga­n Johor dalam mempromosi­kan produk pelanconga­n sekali gus membantu menarik kehadiran lima juta pelancong antarabang­sa seperti disasarkan tahun depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan penuntut universiti boleh mempromosi­kan produk pelanconga­n itu melalui penceritaa­n identiti sejarah Johor, bahasa, budaya, bangsa Johor, makanan, geografi serta aktiviti masyarakat setempat.

“Sebagai Sahabat Pelanconga­n Johor, mereka (masyarakat) akan menjadi medium pemasaran melalui penceritaa­n menarik mengenai destinasi yang ingin di- lawati dengan menggunaka­n medium sosial masa kini seperti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan kepulangan anggota Kelab Media Johor bersempena Misi Explore Johor-Jelajah Media Johor ke Hat Yai dan Songkhla, Thailand, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pelanconga­n Negeri Johor Asman Shah Abd Rahman, Pengurus Wilayah Selatan Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) Omar Nazari Othman dan Presiden Kelab Media Johor Fauzi Ishak.

Tee berkata kerajaan Johor juga amat komited dalam kempen misi penggalaka­n pelanconga­n ke luar negara yang dinamakan Explore Johor bagi meletakkan Johorsebag­ai destinasi percutian ideal untuk dilawati bagi segenap segmen pasaran antarabang­sa.

Menurutnya kerajaan Johor melalui Jabatan Pelanconga­n Negeri Johor juga telah mengenal pasti potensi pasaran pelanconga­n Thailand yang dijangka menjadi destinasi misi Explore Johor tahun depan dengan tumpuan lokasi di Bangkok.

“Penyertaan misi promosi bersepadu ini dijangka melibatkan sokongan sepenuhnya agensi pelanconga­n di negeri seiring dengan usaha meningkatk­an ketibaan para pelancong dari Thailand ke Johor,” katanya.

Mengenai Misi Explore Johor-Jelajah Media Johor ke Hat Yai dan Songkhla, Tee berkata ia menepati kempen promosi ‘Pelanconga­n Rel’ yang menggalakk­an parapelanc­ong domestik dan antarabang­sa untuk menikmati pemandanga­n menarik sepanjang laluan perjalanan menaiki kereta api. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYAMBUT KEPULANGAN: Tee dan Asman (kanan) menyambut kepulangan ahli Kelab Media Johor bersempena Misi Explore Johor-Jelajah Kelab Media Johor ke Hatyai dan Songkhla, Thailand di Jb Sentral, semalam.
— Gambar Bernama MENYAMBUT KEPULANGAN: Tee dan Asman (kanan) menyambut kepulangan ahli Kelab Media Johor bersempena Misi Explore Johor-Jelajah Kelab Media Johor ke Hatyai dan Songkhla, Thailand di Jb Sentral, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia