Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa banjir enggan pindah antara faktor rumah lambat siap

-

KOTA BAHARU: Keengganan mangsa banjir untuk berpindah ke penempatan baharu yang disediakan oleh kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri

Kelantan antara punca kelewatan pembinaan rumah kekal baharu (RKB) untuk mereka.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Su- kan negeriDatu­k Abdul Fattah Mahmood berkata Jawatankua­sa Pasca Banjir Kelantan kinisedang giat mengenal pasti mangsa banjir yang kehilangan rumah dalam kejadian banjir besar tahun lepas itu untuk dipindahka­n.

“Setakat ini, kira-kira 300 mangsa di Kuala Nal dan Guchil di Kuala Krai yang tidak mempunyai tanah sendiri, telah bersetuju untuk dipindahka­n ke penempatan baharu di Kampung Telekong.

“Mangsa yang lain pula enggan berpindah ke tempat baharu kerana alasan utama mereka adalah akan hilang punca pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelaras­an jawatankua­sa itu di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed,Pengarah Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Unit Pemulihan Pasca Banjir ( UPPB) Pejabat Perdana Menteri Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Sementara itu, Mustapa berkata berikutan kekangan persetujua­n untuk berpindah itu menyebabka­n pembinaan RKB akan hanya dapat diselesaik­an pada Mac tahun hadapan.

Bagaimanap­un beliau berkata setakat ini, sebanyak 822 rumah sedang dalam proses pembinaan, manakala 183 rumah telah siap dibina oleh kerajaan persekutua­n.

“Kerajaan negeri pula telah menyiapkan 177 daripada 636 rumah yang dijanjikan mereka sebelum ini,” katanya.

Jawatankua­sa itu sebelum ini mengumumka­n hanya 1,729 RKB akan dibina berbanding 1,827 RKB selepas semakan dilakukan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia