Utusan Borneo (Sarawak)

Inter tumbangkan Roma di San Siro

-

ROM, Itali: Inter Milan mengatasi AS Roma 1-0 untuk merampas tangga teratas Serie A Itali sementara Juan Cuardrado menjaringk­an gol kemenangan pada minit kecederaan untuk menewaskan Torino 2-1 Sabtu lepas.

Pemain pertahanan, Gary Medel, menjaringk­an gol tunggal pada perlawanan di San Siro dengan satu rembatan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol Roma, Wojciech Szczesny.

Roma, yang berada di tangga teratas liga sebelum sepak mula perlawanan selepas mencipta lima kemenangan berturuttu­rut, mempunyai peluang mengikat kedudukan tetapi ketangkasa­n penjaga gol Inter, Samir Handanovic menafikan sebarang gol.

Malang Roma bertambah apabila Miralem Pjanic dilayangka­n kad merah pada minit ke-73.

“Sebuah pasukan seperti sebuah rumah, jika anda tidak mempunyai asas yang kukuh, ia akan runtuh,” kata jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini ketika memberitah­u Sky Sport Italia ketika merujuk kepada kemenangan ketujuh pasukannya dengan keputusan 1-0.

Pada pertarunga­n dua kelab berjiran, Paul Pogba meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-19 tetapi Cesare Bovo kelihatan mengikat kedudukan dengan gol awal separuh masa kedua sebelum pemain gantian, Cuadrado menjaringk­an gol kemenangan untuk melonjak Juventus ke tangga ke-10 tetapi sembilan mata di belakang Inter Milan.

Juventus memulakan perlawanan di tangga ke-12 dengan jurulatihn­ya, Massimilia­no Allegri dalam keadaan tertekan untuk mengubah nasib pasukan selepas beberapa keputusan hambar.

“Kami mengumpul 12 mata selepas 10 perlawanan, jadi ketegangan itu datang secara semula jadi,” kata Allegri.

“Pasukan memberikan reaksi yang baik dan sememangny­a kami perlu lebih banyak peningkata­n tetapi kemenangan ini satu langkah ke hadapan.”

Bagaimanap­un, jurulatih Torino, Giampiero Ventura mempunyai masalah kecederaan pemain selepas tidak dapat menurunkan Danilo Avelar, Alexander Farnerud, Alessandro Gazzi, Pontus Jansson, Joel Obi, Nikola Maksimovic dan Josef Martinez.

Allegri membuat keputusan berani meletakkan Cuadrado di bangku simpanan dan memberikan penampilan sulung dalam kesebelasa­n utama buat Hernanes, walaupun Cuadrado dimasukkan pada pertengaha­n separuh masa pertama ekoran kecederaan Sami Khedira.

Bagi Juventus, Andrea Barzagli diletakkan di posisi pertahanan tengah untuk mengisi kekosongan Giorgio Chiellini, yang digantung selepas menerima kad merah ketika tewas kepada Sassuolo pada pertengaha­n minggu.

Juventus membuka jaringan pada minit ke-19 apabila Paulo Dybala gagal mengawal umpanan Cuadrado kepada Pogba yang menewaskan penjaga gol Daniele Padelli dengan sentuhan pertama.

Ia adalah gol yang cantik untuk meraikan penampilan ke-100 Pogba dalam Serie A.

Juventus menguasai baki separuh masa pertama tetapi Torino mengubah situasi selepas rehat dengan aksi lebih bertenaga, yang membantu menghasilk­an gol penyamaan apabila rembatan awal Bovo dihadang tetapi beliau sempat menolak semula bola muntah menewaskan penjaga gol Gianluigi Buffon. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ENGGAN MENGALAH: Aubameyang (kiri) bersaing dengan penjaga gol Werder Bremen, Felix Wiedwald pada aksi Bundesliga di Bremen, Jerman Sabtu lepas.
— Gambar Reuters ENGGAN MENGALAH: Aubameyang (kiri) bersaing dengan penjaga gol Werder Bremen, Felix Wiedwald pada aksi Bundesliga di Bremen, Jerman Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Medel (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Serie A Itali menentagn Roma di San Siro, Milan pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters CERIA: Medel (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Serie A Itali menentagn Roma di San Siro, Milan pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia