Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund dekati The Bavarians

-

BERLIN, Jerman: Borussia Dortmund, merapatkan jurang mata di belakang pendahulu Bundesliga Jerman, Bayern Munich dengan kurang lima mata selepas Marco Reus menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Werder Bremen 3-1 di gelanggang lawan Sabtu lepas.

Reus membuka jaringan dan menjaringk­an gol ketiga tetapi Borussia boleh menjaringk­an lebih banyak gol sekiranya Pierre- Emerick Aubameyang tidak mensiasiak­an tiga peluang terbaik.

Henrikh Mkhitaryan melengkapk­an aksi cemerlang dengan gol kedua Dortmund selepas mengumpan keduadua gol Reus.

“Sebagai pasukan di tangga kedua, anda sentiasa melihat apa yang dilakukan pasukan di hadapan anda tetapi Bayern masih jauh di hadapan dan kami hanya bimbang dengan kedudukan kami sendiri,” kata Reus.

“Kami tidak mempunyai rentak permainan yang baik dalam separuh masa pertama tetapi akhirnya, kami berjaya mengawal permainan walaupun keputusann­ya tidak menunjukka­n realiti sebenar.”

Selepas Bayern seri tanpa jaringan dengan Eintracht Frankfurt pada perlawanan hari Jumaat, Dortmund mengambil peluang untuk merapatkan kedudukan.

Mereka kini sudah menjaringk­an 18 gol dari empat perlawanan terakhir dan 64 gol dalam tempoh 20 perlawanan musim ini di bawah bimbingan jurulatih baharu, Thomas Tuchel.

Wolfsburg naik ke tangga ketiga dengan kemenangan 2-1 ke atas Bayer Leverkusen menerusi gol Nikolas Bendtner dan Julian Draxler.

Javi Hernandez mengikat kedudukan buat Leverkusen tetapi permainan dicemari dua keputusan buruk oleh pengadil perlawanan, Manuel Grafe.

Pengadil bertaraf FIFA itu jelas tidak melihat kedudukan ofsaid untuk gol pertama Bendtner dan kemudian gagal memberikan satu tendangan penalti apabila pemain Wolfsburg, Daniel Caligiuri jelas dikasari oleh penjaga gol Leverkusen, Bernd Leno dalam separuh masa kedua. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia