Utusan Borneo (Sarawak)

Federer, Nadal bertembung di final Kejohanan Dewan Switzerlan­d

-

BASEL, Switzerlan­d: Dua musuh lama, Roger Federer dan Rafael Nadal, masing-masing mencipta kemenangan mudah pada Kejohanan Dewan Switzerlan­d Sabtu lepas untuk menempah pertemuan final yang pertama di antara mereka sejak di Rom pada 2013.

Ia adalah final pertama buat Nadal di tempat kelahiran Federer sementara Federer akan memburu kejuaraan ketujuh pada final ke-10 berturut-turut dan yang ke-12 keseluruha­n di sini.

Federer, pilihan pertama kejohanan, menewaskan Jack Sock dari Amerika Syarikat (AS), 6-3 dan 6-4 walaupun Federer hilang sedikit rentak ketika mendahului set pertama dan 5-1.

Nadal menangani kerisauan kecederaan lutut pada set pertama sebelum menang 6-4 dan 7-6(9/) ke atas Richard Gasquet dari Perancis.

Nadal, pilihan ketiga kejohanan dari Sepanyol, mengakui beliau berasa cemas apabila merasai kesakitan pada lutut kanan pada permainan ketujuh.

Beliau memanggil doktor kejohanan dan mendapatka­n balutan pada lutut sebelum meneruskan permainan.

Nadal kemudian meneruskan rentak dengan mengikat kedudukan 4-4 sebelum tidak menoleh ke belakang lagi untuk memenangi set pertama.

“Saya berasa sedikit takut. Saya berasa sesuatu di bahagian lutut,” kata beliau. “Ia bukan lutut yang biasa mengalami kecederaan.”

Nadal memiliki rekod pertemuan 23-10 menentang Federer sejak kedua-dua pemain bertemu 11 tahun yang lalu dengan Nadal memenangi lima pertemuan terakhir.

“Ia adalah satu tugas yang berjaya dilaksanak­an bagi saya pada minggu ini,” kata Federer.

“Tetapi apabila anda melihat undian pada awal kejohanan, anda memikirkan jika tahun ini anda akan mampu melangkah ke final lagi. Saya mengharung­i dua perlawanan yang sukar minggu ini dan terus kekal fokus.

“Saya berasa selesa dengan permainan saya dan mempunyai satu peluang di final. Saya tahu permainan Nadal dan begitu juga sebaliknya.

“Saya menjangkak­an beliau akan bermain di tahap terbaik. Beliau beraksi dengan baik sepanjang minggu ini.” Nadal berkata beliau berasa gembira untuk sekali lagi bertemu dengan Federer di final.

“Kami sudah bertemu dalam banyak perlawanan penting sebelum ini. Final esok (Ahad) pastinya satu lagi perlawanan istimewa menentang pemain yang hebat,” kata Nadal, yang akan muncul di final ke-98 dalam kerjayanya.

“Saya berasa gembira dengan masalah lutut saya tadi, ia berasa OK sekarang. Saya berharap untuk bersedia dengan lebih baik untuk final.”

Federer memperbaik­i rekodnya di separuh akhir dengan 12-1 – satu-satu kekalahan ialah pada 2002 ketika menentang David Nalbandian. Beliau kini memiliki rekod 60-9 pada ke- johanan di tanahairny­a.

Sock adalah pemain AS pertama melangkah ke separuh akhir di Basel sejak Andy Roddick pada 2010, yang turut tewas kepada Federer.

Kekalahan Gasquet juga menamatkan peluang tipis beliau untuk layak ke kejohanan akhir musim ATP, Final Jelajah Dunia di London pada 15 November – dengan Kei Nishikori dari Jepun dan David Ferrer akan mengisi dua slot terakhir untuk kejohanan lapan pemain itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LICIK: Suarez (tengah) dikawal oleh tiga pemain Getafe ketika cuba menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Coliseum Alfonso Perez di Getafe pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters LICIK: Suarez (tengah) dikawal oleh tiga pemain Getafe ketika cuba menjaringk­an gol pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Coliseum Alfonso Perez di Getafe pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia