Utusan Borneo (Sarawak)

Barca terus desak Real

Gol Suarez, Neymar pastikan pasukannya menang 2-0 di Getafe, Madrid sentap Las Palmas 3-1 Sabtu lepas

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona mengekalka­n saingan dengan Real Madrid di tangga teratas La Liga Sepanyol ketika Luis Suarez dan Neymar sekali lagi menampung ketiadaan Lionel Messi dengan masing- masing menjaringk­an gol ketika kemenangan 2-0 di Getafe Sabtu lepas.

Real sebelum itu mencipta kemenangan selesa 3-1 ke atas Las Palmas menerusi gol Isco, Cristiano Ronaldo dan Jese Rodriguez.

Neymar dan Suarez sudah berganding­an untuk menjaringk­an 14 gol liga terakhir Barca sejak Messi direhatkan kerana kecederaan lutut sebulan yang lalu.

Bagaimanap­un, Sergi Roberto lebih mencuri perhatian buat Barca apabila tolakan kaki belakang kepada Suarez untuk gol pembukaan sebelum hantaran lintang beliau disempurna­kan Neymar untuk gol kedua dari satu serangan pantas.

“Saya fikir kami bermain dengan sangat bijak sekali,” kata Suarez ketika memberitah­u penyiaran Canal Plus.

“Kami mengawal permainan dan cuba mencari ruang.”

Bagaimanap­un, Suarez menafikan gandingan beliau dan Neymar menjadikan ia sangat mudah untuk melupakan ketiadaan Messi.

“Kami mengingati beliau juga kerana beliau adalah pemain terbaik di dunia.”

Stefan Scepovic mempunyai peluang terbaik Getafe pada minit ke- 12 tetapi beliau melakukan rembatan liar walaupun hanya perlu menewaskan penjaga gol Barca, Claudio Bravo.

Penguasaan Barca membuahkan hasil dengan gol pembukaan apabila Roberto menolak bola kepada Suarez menggunaka­n belakang kaki untuk membolehka­n penyerang antarabang­sa Uruguay itu menjaringk­an gol ke-300 dalam kerjayanya – untuk kelab dan Uruguay.

Roberto sekali l agi melakukan umpanan cantik untuk gol kedua sebelum minit ke- 60 dengan Bravo menangkap bola dari satu tendangan sudut sebelum mengumpan bola kepada Roberto, yang melakukan larian deras sebelum melakukan umpanan kepada Neymar.

Real Madrid mencipta kemenangan selesa walaupun ketiadaan beberapa pemain utama.

Real beraksi tanpa Keylor Navas, Sergio Ramos, James Rodriguez, Gareth Bale dan Karim Benzema kerana kecederaan ketika jurulatihn­ya, Rafael Benitez juga enggan mengambil risiko kepada pemain utama menjelang pertemuan Liga Juara- Juara menentang Paris Saint Germain ( PSG) Selasa ini.

Bagaimanap­un, Real mengalami satu lagi masalah kecederaan apabila Luka Modric terpaksa dikeluarka­n pada masa rehat kerana masalah tulang pinggul, menyebabka­n penyertaan beliau pada perlawanan menentang PSG diragui.

Las Palmas membuat kunjungan pertama ke Santiago Bernabeu dalam tempoh 13 tahun selepas dinaikkan dari divisyen dua tetapi gagal bangkit dari permulaan terburuk mereka apabila Isco dan Ronaldo meletakkan Real 2- 0 dalam 15 minit pertama.

Hernan merapatkan kedudukan tujuh minit sebelum rehat tetapi Real kembali dengan kelebihan dua gol lima minit kemudian menerusi gol Jese Rodriguez. — AFP

“”

Saya fikir kami bermain dengan sangat bijak sekali. Luis Suarez Penyerang Barcelona

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia