Utusan Borneo (Sarawak)

FAM sedia bantu pasukan LigaM capai kejayaan antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia memberi bantuan dan sokongan berterusan kepada pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) bagi memastikan mereka dapat melakar kejayaan di pentas lebih tinggi seperti Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata antara bantuan itu termasuk dari segi penyusunan semula jadual perlawanan Liga-M yang tidak terlalu padat bagi memberi peluang kepada pasukan bertanding di kejohanan seperti Piala AFC dapat membuat persiapan lebih rapi.

Sambil mengucapka­n tahniah atas kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih Piala AFC, Hamidin berkata ia adalah sejarah baharu dalam bola sepak tanah air kerana skuad Harimau Selatan berjaya memecahkan monopoli kelab dari Asia Barat yang sentiasa mendominas­i kejohanan berkenaan sejak diperkenal­kan pada 2004.

Saban tahun wakil-wakil dari Malaysia hanya mampu melangkah setakat peringkat suku akhir (Piala AFC), katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n FAM semalam.

“Saya mewakili Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, barisan Ja- watankuasa Eksekutif FAM serta seluruh warga kerja FAM ingin mengucapka­n jutaan tahniah kepada JDT atas kejayaan mereka muncul juara Piala AFC tahun ini,” kata Hamidin.

Pada masa sama, beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menjadi tunjang utama dalam mengubah landskap bola sepak Johor sehingga mampu menjulang nama JDT meraih kejayaan di peringkat domestik dan antarabang­sa.

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukka­n juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan pada Sabtu.

Kejayaan berkenaan merupakan trofi ketiga diraih JDT musim ini, selepas muncul juara Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 31 Jan lepas, selain menjuarai Liga Super 2015.

Hamidin yang hadir menyaksika­n perlawanan itu di Dushanbe bersama Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah, turut menegaskan kejayaan membanggak­an JDT kendalian Mario Gomez, perlu dicontohi dan menjadi inspirasi kepada pasukan lain di negara ini untuk mencapai kejayaan di pentas antarabang­sa.

Untuk rekod, JDT dan Istiklol FC mara ke final Piala AFC secara automatik selepas Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) menggantun­g Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) susulan campur tangan kerajaan Kuwait ke atas persatuan berkenaan.

Ia sekali gus menyebabka­n dua wakil Kuwait, Qadsia SC dan Kuwait SC tidak dibenarkan meneruskan saingan timbal balik separuh akhir kedua Piala AFC. — Bernama

 ??  ?? HAMIDIN
HAMIDIN
 ??  ?? RASMI: Chong (berdiri belakang, lima kiri) bersama peserta menyertai Kejohanan Terbuka Wushu Zhong Hua di Miri semalam.
RASMI: Chong (berdiri belakang, lima kiri) bersama peserta menyertai Kejohanan Terbuka Wushu Zhong Hua di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia