Utusan Borneo (Sarawak)

300 peserta dijangka sertai larian amal UCTS

-

SIBU: Dijangkaka­n seramai 300 peserta menyertai larian amal Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) bakal berlangsun­g pada 7 November ini di sini.

Masa pelepasan dijadualka­n jam 7 pagi dan penyertaan orang ramai masih dibuka sehingga 3 November ini.

Larian edisi kedua ini menyediaka­n tujuh kategori iaitu Kategori A (Lelaki 40 tahun ke atas), Kategori B (Wanita 40 tahun ke atas), Kategori C (Terbuka Lelaki), Kategori D (Terbuka Wanita), Kategori E (Lelaki 17 tahun ke bawah), Kategori F (Wanita 17 tahun ke bawah) dan Kategori Little Hero Run (12 tahun ke bawah campur).

Yuran penyertaan adalah RM50 seorang peserta untuk Kategori A,B, C & D (8.5km), RM30 seorang untuk Kategori E dan F (7km) dan RM20 untuk Little Hero Run (2km).

Sejumlah 300 pendaftara­n terawal pada 5 November ini akan menerima baju-T percuma.

Aktiviti derma darah dan ujian kesihatan diberikan secara percuma pada hari tersebut.

Untuk 30 penderma darah terawal mereka bakal menerima sekampit beras 5kg ditaja oleh BERNAS.

Larian amal ini adalah bertujuan mempromosi­kan hidup sihat kalangan masyarakat Sibu sambil bersama menyumbang dana untuk badan kebajikan terpilih.

Orang ramai berminat boleh lawati laman sesawang UCTS memuat turun borang penyertaan dan laluan larian di www. ucts.edu.my atau hubungi Saiful Norahim di talian 084367300.

Acara ini turut ditaja Daesco, Giant, Star Tech Alliance Sdn Bhd, Hock Peng Organisati­on, Milo, BERNAS, Pusat Khidmat DUN Nangka, Caliphs Event Management, Oil Town Signcraft dan Sugarbun Hulu Oya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia