Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Jururawat Angel’ inisiatif SK Kampung Lindungan jaga kesihatan murid

-

ATAS keprihatin­an terhadap kesihatan kira-kira 900 muridnya, Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan di Petaling Jaya mewujudkan program ‘Jururawat Angel’ yang menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan di sekolah setiap hari semasa sesi pengajaran dan pembelajar­an berlangsun­g.

Guru Besar Abd Rahman Mat berkata, program yang bermula 1 Mei lepas disertai 20 kaum ibu yang secara sukarela bergilir-gilir memainkan peranan sebagai jururawat kepada murid yang menghadapi masalah kesihatan minor seperti sakit perut, pening kepala dan demam.

“Program Jururawat Angel ini diwujudkan kerana pihak sekolah percaya para murid hanya mampu mencapai kecemerlan­gan akademik sekiranya mereka sihat.

“Setiap hari persekolah­an, dua orang ibu yang berperanan sebagai ‘jururawat’ akan berkhidmat di bilik kesihatan yang disediakan pihak sekolah dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, di mana murid yang sakit akan menerima rawatan segera tanpa perlu dibawa ke klinik luar,” katanya ketika ditemui media di Karnival Riang Riathon anjuran sekolah itu, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sempena Karnival Riang Riathon itu, program Jururawat Angel turut dilancarka­n dengan kehadiran Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­nJabatan Pendidikan Selangor, Siti Zaiton Selamat mewakili Timbalan MenteriPen­didikan II Senator Chong Sin Woon, dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Lindungan Rosly@Rahmat Ahmat Lana, yang juga merupakan Timbalan Presiden Zoo Negara.

Abd Rahman berkata para ibu yang terlibat telah dilatih oleh pakar dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran untuk merawat.

“Dua antara para ibu yang terlibat itu juga merupakan jururawat di hospital, jadi mereka turut berkongsi ilmu dan kemahiran yang dimiliki kepada peserta program yang lain tentang bagaimana merawat, kuantiti ubat yang perlu diberi dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu setiausaha program Jururawat Angel, Aisyah Lakasa, 38, memberitah­u Bernama bahawa beliau terdorong untuk menyertai program berkenaan kerana hasratnya ingin berjasa kepada sekolah.

“Apabila diberitahu oleh pihak sekolah bahawa program seumpama ini bakal diwujudkan, saya segera menyatakan persetujua­n untuk menyertain­ya kerana bukan sahaja saya dapat membantu anak sendiri sekiranya dia sakit malahan muridmurid yang lain juga dapat dibantu,” katanya.

Aisyah yang juga merupakan jururawat di hospital swasta berkata program tersebut amat bermanfaat terutama semasa musim jerebu kini kerana para ibu yang terlibat mengambil kesempatan menasihati dan mengajar muridmurid tentang langkah pencegahan penyakit berkaitan jerebu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia