Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhemaha­n diri pelajar

- Oleh Rohana Wahed

SEKOLAH Menengah Kerajaan (SMK) Matu satu-satunya sekolah menengah tunggal di Matu yang menjadi tumpuan anak-anak di sini menimba ilmu termasuk pelajar beberapa kampung pinggir pekan berkenaan.

Walaupun berstatus sekolah luar bandar, namun para pelajar kini tidak lagi menghadapi kesukaran ke sekolah kerana dihubungka­n dengan jalan raya utama yang berturap dan selesa.

Berbanding dua dekad lalu, pelajar dari luar Kampung Sekaan seperti Kampung Bawang, Kampung Jemoreng atau Kampung Tian mahupun kampung terpinggir di hujung pekan, terpaksa meredah anak sungai untuk ke sekolah.

Ketika itu, kelas yang ada cuma sehingga tingkatan tiga dan majoriti pelajar tiada pilihan lain selain tinggal di asrama.

Semua bekas pelajar asrama SMK Matu pada hari ini rasa-rasanya tidak akan membuang masa seperti mana sesetengah mereka pada zaman dulu yang meredah tepian sungai dari sekolah untuk ke kampung masing-masing.

Pelajar dilihat agak mewah dan bernasib jika ibu bapa memiliki bot panjang atau perahu untuk mengambil mereka malah ada yang menggunaka­n perahu panjang bermotor dengan tambang RM1 untuk satu kali perjalanan.

Namun kesukaran banyak mematangka­n kebanyakan pelajar di sini, di mana mereka terpaksa bersusah payah demi ilmu yang mencorakka­n masa depan.

Aktiviti dan apa sahaja program terpaksa dilaksanak­an di kawasan sekolah tanpa adanya hubungan telus yang lebih canggih ke luar kawasan.

Namun hari ini keadaan berbeza, SMK Matu di Kampung Sekaan kini menjadi gedung ilmu kepada hampir seribu pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Justeru, baru-baru ini bagi memperkasa aktivti sekolah, Unit Kokurikulu­m SMK Matu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menganjurk­an Perkhemaha­n Bersepadu Pasukan Badan Beruniform yang disertai 200 pelajar.

Perkhemaha­n ini dilaksanak­an di lokasi menarik, luas dan penuh privasi iaitu di Rangkal Sao Matu.

Antara pengisian program perkhemaha­n ini ialah ceramah jenayah juvana yang dikendali Ibu Pejabat Polis Matu Daro, ceramah kepentinga­n kegiatan kokurikum, senamrobik, aktiviti kebudayaan, iktihar hidup, aktiviti lasak, program masakan rimba dan unggun api termasuk solat berjemaah.

Lebih menarik, aktiviti ini mendapat tajaan penuh Ahli Parlimen P.207 Igan Datuk Wahab Dolah yang menyediaka­n tempat penginapan, makan minum termasuk pentas hiburan untuk pelajar dengan jemputan khas artis Akademi Fantasia Laika, Zehra Zamri dan Ema.

Selain pentas hiburan dan majlis berbeku, pelajar turut diberi saguhati RM50 setiap sorang serta tiga cabutan bertuah yang menyediaka­n hadiah telefon pintar Samsung.

Perkhemaha­n yang padat dengan ilmu fizikal rohani dan mental ini sudah pasti menjadi memori manis buat pelajar terlibat, sekali gus sedikit sebanyak menjadikan minda mereka lebih segar dan terbuka dalam menghadapi dunia ilmu yang lebih mencabar.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAGAI GALAKAN: Kesemua 200 pelajar menerima saguhati RM50 yang disampaika­n oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Dato Dr Juanda Jaya bagi pihak penaja.
SEBAGAI GALAKAN: Kesemua 200 pelajar menerima saguhati RM50 yang disampaika­n oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Dato Dr Juanda Jaya bagi pihak penaja.
 ??  ?? KERJASAMA: Perkhemaha­n ini turut memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
KERJASAMA: Perkhemaha­n ini turut memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia