Utusan Borneo (Sarawak)

Pelarian Burundi putus harapan untuk kembali

-

CELESTIN baharu berusia 24 tahun namun peperangan yang berulang semula dan kegiatan samseng politik telah menyebabka­n beliau melalui kawasan gunung sebanyak empat kali dari Burundi untuk mencari keselamata­n bersama dengan beribu-ribu orang lain di bahagian timur Kongo yang juga belum selesai.

“Harapan saya untuk pulang ke kampung halaman saya telah tiada,” beliau memberitah­u koresponde­n Habibou Bangr ketika ditemui di kem pelarian Lusenda yang menempatka­n 7,500 orang, yang telah didirikan pada Jun lepas di sempadan hutan di antara Burundi dan Republik Demokratik Kongo.

Ketika pelarian dari kawasan peperangan di Timur Tengah memasuki Eropah, 100,000 orang rakyat Burundi telah berkumpul di luar negara kecil mereka – atau satu peratus daripada populasi – selepas keganasan yang muncul akibat satu usaha yang kontrovers­i, namun akhirnya berjaya oleh ketua negara pada Julai bagi satu penggal ketiga beliau memegang jawatan.

Masalah yang berkisar di dalam negara dan kenangan mengenai kekejaman bagi penyangak militia prokerajaa­n Imboneraku­re, terus kukuh bersama dengan mereka yang mengalami kesan keganasan mereka.

“Saya terlibat dalam tunjuk perasaan dan saya telah diburu oleh Imboneraku­re. Saya tidak berminat untuk pulang kerana mereka yang menyebabka­n saya melarikan diri masih lagi berkuasa,” menurut Alain, 20, yang pergi pada April.

Kem terletak beberapa kilometer dari sempadan di wilayah Kivu Selatan, sebuah kawasan yang lama tersebar dengan kumpulan bersenjata kemungkina­n untuk melakukan kekejaman terhadap orang awam. Seramai 6,500 orang rakyat Burundi telah diterima oleh beberapa buah keluarga tempatan.

Pemergian beramairam­ai oleh rakyat Burundi pada tahun ini muncul hanya beberapa tahun selepas penamat bagi satu mimpi negeri perang saudara 1993-2005 yang melibatkan satu pasukan tentera yang kebanyakan berasal dari puak minoriti Tutsi menentang puak majoriti Majlis Pertahanan Demokrasi Kebangsaan Hutu - Pasukan Pertahanan Demokrasi (CNDDFDD) untuk pemimpin sekarang Presiden Pierre Nkurunziza

GILA KUASA

Dianggarka­n seramai 300,000 orang telah terbunuh dalam keganasan etnik dan peperangan.

Lea, 22, pertama kali meninggalk­an peperangan ketika masih kanak-kanak pada 1993 dan sedang mengandung tujuh bulan ketika dalam perjalanan jauh ke Lusenda.

“Pihak Imboneraku­re mencuri, mereka membakar rumah.

“Saya melarikan diri apabila melihat rumah jiran saya dibakar,” tambahnya lanjut.

Pada tahun ini keganasan berlaku pada bulan April ketika Nkurunziza cuba untuk bertanding bagi satu penggal ketiga di sebalik dakwaan ini sebagai di luar perlembaga­an.

Tunjuk perasan telah dihapuskan dengan kejam, pihak polis menyerang, pegawai dibunuh dan satu rampasan ketenteraa­n digagalkan pada bulan Mei.

Pada minggu lepas ketua tentera Burundi terselamat dalam satu cubaan pembunuhan di ibu negara, Bujumbura, di mana sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban.

Nkurunziza telah dilantik semula pada Julai dalam satu pilihan raya dikecam sebagai tidak layak oleh hampir semua komuniti antarabang­sa.

Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu menyatakan 100,000 orang pelarian adalah kebanyakan melarikan ke Tanzania dan Rwanda.

Imboneraku­re adalah kegerunan utama bagi pelarian yang mengalami trauma, terang Jose Maria Aranaz, ketua Pejabat Bersama PBB bagi Hak Asasi Manusia yang baru-baru ini telah melawat kem tersebut.

Aranaz telah memohon penambahan anggota pasukan tentera pengaman PBB di sekitar Lusenda untuk menghalang sebarang cubaan serangan selepas khabar angin tersebar mengenai penyusupan militia Burundi, yang beliau gelar sebagai sebuah

organisasi pengganas.

KERAHAN PAKSA

Pihak tentera Kongo telah mengerahka­n lebih ramai anggota tentera.

“Imboneraku­re menceroboh masuk ke dalam rumah pada waktu malam dan sekiranya anda tidak memihak kepada parti pemerintah, mereka akan mengheret kamu keluar dan membunuh kamu,” kata Omar, 26, yang tiba di Kongo pada bulan Mac.

Pada usia 21 tahun, Terence sudah tiga kali meninggalk­an konflik, ke Tanzania pada 1993 dan 1998, kemudian ke DRC pada Jun lepas.

Beliau menyatakan ibu bapanya telah dibunuh oleh Imboneraku­re.

“Rangka kerja bagi perlindung­an dan kedamaian di negara tidak mencukupi,” tambah beliau.

“Malah sekiranya pada hari ini mereka mengumumka­n bahawa semua telah kembali seperti sedia kala, ia adalah lebih baik untuk terus tinggal di sini.

“Saya telah hilang semua harapan bagi kedamaian satu hari nanti, semua ini adalah kesilapan Nkurunziza dan pihak Imboneraku­re,” tegasnya.

Ibu bapa Celestin dan sembilan orang adik beradiknya telah terbunuh di bawah arahan bapa saudara kandungnya sendiri, seorang jeneral yang rapat dengan presiden.

“Bapa saudara saya cuba memaksa ayah agar menyertai parti pemerintah.

“Ayah saya menolak dan dia memberikan arahan untuk membunuhny­a,” kata beliau.

Di sebalik kehilangan itu, Celestin telah mulai tersenyum semula dan menyatakan beliau telah bersedia untuk memaafkan di atas nama kepercayaa­n Kristianny­a.

Namun beliau tidak pernah mengimpika­n untuk terlibat dalam politik kerana bagi mereka yang dilantik, coraknya adalah selalunya sama pembunuhan — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA KEKEJAMAN: Seorang lelaki merayu untuk diselamatk­an ketika ditemui pasukan tentera selepas bersembuny­i di dalam longkang untuk menyelamat­kan diri daripada serangan samseng politik di perkampung­an Cibitoke, Bujumbura baru-baru ini.
— Gambar AFP MANGSA KEKEJAMAN: Seorang lelaki merayu untuk diselamatk­an ketika ditemui pasukan tentera selepas bersembuny­i di dalam longkang untuk menyelamat­kan diri daripada serangan samseng politik di perkampung­an Cibitoke, Bujumbura baru-baru ini.
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK SELAMAT: Pemergian beramai-ramai oleh rakyat Burundi pada tahun ini muncul hanya beberapa tahun selepas penamat bagi satu mimpi negeri perang saudara 1993-2005 yang melibatkan satu pasukan tentera yang kebanyakan berasal dari puak minoriti Tutsi...
— Gambar AFP TIDAK SELAMAT: Pemergian beramai-ramai oleh rakyat Burundi pada tahun ini muncul hanya beberapa tahun selepas penamat bagi satu mimpi negeri perang saudara 1993-2005 yang melibatkan satu pasukan tentera yang kebanyakan berasal dari puak minoriti Tutsi...
 ?? — Gambar AFP ?? GANAS : Seorang lelaki cuba merampas senjata daripada pegawai polis Burundi di perkampung­an Cibitoke, Bujumbura barubaru ini.
— Gambar AFP GANAS : Seorang lelaki cuba merampas senjata daripada pegawai polis Burundi di perkampung­an Cibitoke, Bujumbura barubaru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia