Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n luar bandar Sabah tetap jadi keutamaan

Rakyat di luar bandar merupakan tunjang dan kekuatan BN

-

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberijam­inanuntukt­erus memastikan pembanguna­n luar bandar khususnya di Sabah diberi keutamaan tinggi bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpinggir daripada arus kemajuan negara.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional ( BN), berkata rakyat di kawasan luar bandar merupakan tunjang dan kekuatan BN yang memberi kepercayaa­n penuh kepada gagasan itu untuk terus menerajui kerajaan sehingga sekarang.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah menjadi tanggungja­wab BN untuk memastikan rakyat di luar bandar mendapat perhatian penuh dan pembelaan sewajarnya agar kebajikan serta kesejahter­aan mereka tetap terpelihar­a.

“Atas sebab itu, dalam Bajet 2016 yang telah saya bentangkan baru-baru ini, saya memberi penekanan dan keutamaan kepada pembanguna­n luar bandar (termasuk di Sabah),” katanya ketika berucap merasmikan persidanga­n tritahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini, semalam.

Najib berkata Bajet 2016 yang mengandung­i 130 ‘touch point’ itu antara lain menggarisk­an peruntukan bagipemban­gunanluarb­andar termasuk peruntukan RM1.4 bilion bagi menaik taraf jalan sepanjang 700 kilometer seluruh negara, RM878 juta untuk projek bekalan elektrik membabitka­n 10,000 rumah dan RM568 juta bagi projek bekalan air.

Najib berkata di Sabah, antara yang turut diberi tumpuan adalah pembinaan fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo meliputi 706 kilometer bermula dari Sindumin ke Tawau dengan anggaran kos RM12.8 bilion, dan setelah siap kelak, lebuh raya itu akan beroperasi tanpa bayaran tol.

Katanya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan membuka lembaran baharu kepada Sabah selain membolehka­n pembukaan wilayah baharu di negeri itu menerusi jaringan jalan raya yang berupaya menghubung­kan antara satu tempat dengan tempat lain.

Selain Lebuhraya Pan Borneo, Bajet 2016 turut menekankan keperluan lain di Sabah dan Sarawak termasuk pengangkut­an penumpang udara domestik kelas ekonomibag­i laluan Rural Air Services yang dikecualik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an( GST), perkhidmat­an Klinik Bergerak 1Malaysia di pedalaman dan keseragama­n harga barangan.

Menurut Najib rakyat Sabah membuat keputusan yang tepat kerana memilih untuk bersama membentuk Malaysia selain memilih Barisan Nasional untuk menerajui kepimpinan negara.

Beliau turut berpuas hati dengan kerjasama diberi kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan akan terus memberi jaminanunt­uk berusaha memenuhi keperluan negeri ini bagi memberi keselesesa­an kepada rakyatnya.

Dalam perkembang­an lain, Najib berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapa­tan sederhana dan rendah adalah buktikeraj­aan prihatin dalam memperjuan­gkan kebajikan golongan itu serta yakin rakyat boleh membelanja­kan bantuan itu sebaik-baiknya.

“Kita bagi (BR1M) untuk rakyat, rakyat dapat manfaat. (Kita) mesti juga ada keyakinan bagi rakyat berbelanja untuk kebajikan masing- masing sementara rakyat pula harus ( menggunaka­n BR1M) dengan berbelanja betul,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN PERSIDANGA­N: Najib menerima cenderahat­i daripada Joseph (kanan) sambil diperhatik­an oleh Musa (kiri) selepas perasmian Persidanga­n Tri-Tahunan PBRS di sebuah hotel, Kota Kinabalu.
— Gambar Bernama PERASMIAN PERSIDANGA­N: Najib menerima cenderahat­i daripada Joseph (kanan) sambil diperhatik­an oleh Musa (kiri) selepas perasmian Persidanga­n Tri-Tahunan PBRS di sebuah hotel, Kota Kinabalu.
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Md Rahim disambut oleh penduduk di Pulau Mabul semasa menghadiri Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Pulau Mabul di pekarangan Pusat Pembanguna­n Insan.
SELAMAT DATANG: Md Rahim disambut oleh penduduk di Pulau Mabul semasa menghadiri Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Pulau Mabul di pekarangan Pusat Pembanguna­n Insan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia