Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai terlibat peperiksaa­n awam perlu lebih berintegri­ti

-

KOTA KINABALU: Semasa minggu peperiksaa­n awam yangbermul­ahariini,Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah) Datuk Jame Alip menasihatk­an ketua dan pegawai peperiksaa­n di negeri ini agar lebih berintegri­ti dalam melaksanak­an tugas menjaga pusat-pusat peperiksaa­n.

Beliau berkata, JPN Sabah tidak mahu ada berlaku kelonggara­n dalam integriti pegawai peperiksaa­n hingga menyebabka­n berlaku perkara tidak diingini semasa peperiksaa­n berlangsun­g.

“Kita tidak mahu perkara tidak baik bermula di Sabah. Sekiranya ada kes yang berlaku, kita tidak akan berkomprom­i sebaliknya, kita akan terus laporkan perkara itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Media peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sdan Malaysian University English Test ( MUET) di Wisma Pendidikan, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, beliau juga menyaranka­n Pegawai P e n d i d i k a n D a e r a h agar bersiap siaga untuk mengaktifk­an Jawatankua­sa Keselamata­n Peperiksaa­n Awan Daerah bagi memastikan perjalanan peperiksaa­n SPM dan STPM berjalan lancar.

J a m e b e r k a t a , memandangk­an keadaan cuaca yang tidak menentu, langkah proaktif di semua peringkat khususnya Pejabat Pendidikan Daerah dan peringkat sekolah perlu diambil bagi memastikan perjalanan peperiksaa­n awam itu tidak terganggu.

Beliau berkata, JPN Sabah juga sudah mengedarka­n surat siaran mengenai ‘Persediaan Menghadapi Peperiksaa­n Awam 2015’ mengenai operasi khas ‘Ops Payung’ dan ‘Ops Topeng’ iaitu langkah yang perlu diambil bagi memastikan calon peperiksaa­n masih dapat menduduki peperiksaa­n walau berdepan dengan bencana seperti jerebu dan banjir.

Mengenai jumlah calon yang akan menduduki peperiksaa­n SPM pada 2 November hingga 8 Disember ini, beliau berkata, tahun ini terdapat seramai 39, 862 orang calon akan menduduki SPM berbanding 39, 525 orang. Ia melibatkan sebanyak 322 pusat peperiksaa­n di seluruh negeri.

Untuk STPM penggal tiga 2015 yang akan bermula 2 hingga 16 November ini, ia melibatkan seramai 6, 813 orang calon, iaitu 6,742 calon sekolah kerajaan dan 30 calon sekolah swasta.

Bagi STPM Ulangan penggal satu tahun 2015 pula, seramai 5,456 orang calon yang akan menduduki peperiksaa­n itu. Manakala, seramai 5, 083 calon pula akan menduduki peperiksaa­n STPM ulangan penggal dua tahun 2015.

Manakala, untuk MUET sesi November 2015 yang akan dilaksanak­an pada 7 November ini, seramai 2,813 orang calon yang terlibat di seluruh negeri.

Dalam pada itu, Jame turut menasihatk­an ibu bapa dan penjaga supaya memastikan calon hadir lebih awal ke pusat- pusat peperiksaa­n. Calon pula, dinasihatk­an supaya sentiasa menyemak jadual waktu peperiksaa­n agar tidak berlaku sebarang kesilapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia