Utusan Borneo (Sarawak)

Saiz parti komponen bukan keutamaan dalam prinsip perkongsia­n kuasa BN

-

KOTAKINABA­LU: Pengerusi Barisan Nasional ( BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan saiz sesebuah parti yang menjadi rakan kongsi dalam BN bukan keutamaan sebaliknya yang lebih penting ialah kesetiaan dan komitmen parti-parti komponen terhadap BN.

Perdana Menteri berkata atas prinsip berkenaan yang dipegang BN selama ini, membolehka­n BN terus berkuasa sehingga Malaysia mampu mengharung­i apa juga dugaan sama ada dalam masa susah dan senang.

“Saya sebagai Pengerusi BN bukanlah (melihat sangat) pada saiz (parti). Bagi saya saiz tidak penting, apa yang penting ialah kesetiaan dan komitmen anda. Di atas prinsip inilah negara kita mengorak langkah ke hadapan. Kita telah berjaya sama ada dalam keadaan yang memberangs­angkan atau dalam keadaan yang mencengkam.

“Tetapi BN terus membuktika­n bahawa inilah parti di mana rakyat boleh bergantung harap, melindungi kepentinga­n semua kaum, tidak kira kumpulan etnik ataupun agama. Payung BN bersifat inklusif dan komprehens­if,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini semalam. Turut hadir Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Justeru, Najib meminta kesemua 13 parti yang bergabung dalam BN agar terus mempertaha­nkan prinsip berkenaan yang menuntut semua komponen berinterak­si untuk mencari pemuafakat­an dan persefaham­an serta bekerjasam­a bagi mencapai objektif utama BN iaitu menubuhkan kerajaan yang kuat.

Katanya dalam berhadapan apa-apa isu atau permasalah­an, semua komponen BN perlu menentukan bahawa mereka tidak lari daripada objektif utama penubuhan gabungan itu kerana tidak ada pertimbang­an lebih besar dan penting selain daripada membentuk kerajaan BN yang kuat.

“Pertimbang­an dari segi kepentinga­nyangterla­lusempit, pertimbang­an yang bersifat parokial, pertimbang­an yang bersifat terlalu melihat ke dalam diri, sehingga menjejaska­n kepentinga­n utama, kita perlu ketepikan kerana kalau kita tidak ada kuasa politik, tidak ada apa yang bermakna sama sekali bagi kita.

“Lebih baik kalau kita terpaksa berkorban sedikit asalkan kuasa itu di dalam tangan parti BN. Jadi kalau kita ada kuasa, maka perjuangan boleh diteruskan walaupun kita tak mungkin dapat semua yang kita kehendaki,” katanya.

Najib mengakui bahawa masih ada permintaan d a r i p a d a p a r t i - p a r t i komponen BN yang belum dipenuhi namun percaya semuaanggo­taBNberhad­apan situasi yang sama dan ruang untuk mempertimb­angkan permintaan parti- parti komponen berkenaan tetap ada dan boleh dilakukan dalam semangat kekeluarga­an BN.

“Saya sebagai Pengerusi BN berpegang pada prinsip bahawa saya perlu adil kepada semua parti komponen BN dan berlaku adil kepada semua kaum, termasuk suku kaum di bandar, di luar bandar, miskin ataupun mempunyai kemampuan atau sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera atau Bumiputera bukan Islam walaupun kumpulan minoriti,” tegas Najib.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan membuat keputusan menghapusk­an ruang ‘lain-lain’ dalam borang rasmi kerajaan kerana kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak menyenangi mereka dikategori­kan sebagai ‘lainlain’ dalam borang berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia