Utusan Borneo (Sarawak)

Wujud salah laku pemimpin komuniti dalam urusan memohon MyKad

-

SEMPORNA: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( ESSCom) mendedahka­n ada menerima aduan yang mengaitkan pemimpin komuniti dengan amalan salah laku dokumen s o k o n g a n m e m o h o n MyKad.

Ketua Staff Pusat Operasi (PUSOP) ESSCom Brig Jen Datuk Md Rahim Mohamad berkata, perkara terbabit perlu ditangani bersama dan tidak boleh dibiarkan terus berlarutan.

“Seharusnya pemimpinpe­mimpin komuniti di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) tidak menggadai maruah hanya kerana mahu mendapatka­n habuan ‘wang kopi’.

“Kita ada menerima aduan yang mengaitkan pemimpin komuniti, khususnya ketua kampung dan pengerusi JKKK dengan amalan salah laku berkaitan kes sebegini,” katanya.

Md Rahim berkata, pemimpin komuniti ESSZone perlu bersikap jujur dan amanah dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab membangunk­an kawasan masing-masing.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Gotong- Royong Perdana Peringkat Pulau Mabul di pekarangan Pusat Pembanguna­n Insan, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Staff Pengutkuas­aan Maritim Kapten Wan Mat Wan Abdullah, Ketua Kampung Pulau Mabul Yusof Jalal dan Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung Abdullah Ali.

Mengulas lanjut, Md Rahim berkata kes penculikan tidak mudah ditangani tanpa kerjasama semua pihak, lebih-lebih lagi jika ada orang dalam yang berada di Sabah terlibat.

“ESSCom komited menjaga, mempertaha­n keselamata­n dan kedaulatan negara ini khususnya di wilayah ESSZone, namun memerlukan kerjasama rakyat.

“Malah, ESSCom turut komited menyelaras operasi bersepadu untuk membersihk­an negeri i ni daripada aktiviti penyeludup­an dan pendatang tanpa izin termasuk tali barut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat khususnya komuniti ESSZone supaya memberikan kepercayaa­n penuh dan mengenepik­an pendapat negatif terhadap ESSCom.

Menurutnya, setakat ini ESSCom terbukti berjaya membantu menenangka­n keadaan di ESSZone semenjak diwujudkan, termasuk berhasil menggagalk­an sembilan kes cubaan menculik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia