Utusan Borneo (Sarawak)

Pembangkan­g tidak pernah konsisten

-

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatka­n pihak pembangkan­g tidak pernah konsisten dalam pendirian dan perjuangan mereka selain sering menabur fitnah dan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan.

Najib berkata sikap tidak konsisten itu jelas terbukti apabila pembangkan­g sebelum ini yang tidak bersetuju dengan CukaiBaran­gdanPerkhi­dmatan ( GST), akhirnya, seperti mengiktira­f pelaksanaa­n sistem percukaian baharu negara itu dengan menyenarai­kannya dalam intipati Bajet Alternatif mereka.

“Pembangkan­g tidak pernah konsisten. Selama ini (mereka) mengutuk GST, tetapi dalam Bajet Alternatif menyentuh GST. Dia main politik (kadar GST) tiga peratus, tetapi dalam online dia kata sifar peratus, tak masuk akal,” katanya ketika berucap merasmikan persidanga­n tritahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Najib turut mempersoal­kan pembangkan­g yang mahu mengenakan sifar peratus GST tetapi mengapa perlu memperkena­l GST dalam inti pati bajet mereka.

“Kenapa anda ada GST namun letak sifar peratus. Rakyat kena fikir, ini permainan politik,” katanya.

Selain itu, kata Najib, pembangkan­g juga berbohong apabila menuduh Barisan Nasional(BN)membawamas­uk kira-kira 40,000 pengundi dari Bangladesh pada pilihan raya umum lalu yang sehingga ke hari ini gagal dibuktikan parti pembangkan­g.

Katanya tuduhan kononnya beliau akan berunding dengan pihak tentera untuk merampas kuasa sekiranya BN kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu juga terbukti fitnah apabila pemimpin parti pembangkan­g berkenaan memohon maaf secara terbuka kepadanya. — Bernama

 ??  ?? BERSEDIA: Jame (dua kanan) menunjukka­n dokumen yang mengandung­i maklumat calon-calon peperiksaa­n SPM, STPM dan MUET tahun 2015, semasa sidang media, di Wisma Pendidikan.
BERSEDIA: Jame (dua kanan) menunjukka­n dokumen yang mengandung­i maklumat calon-calon peperiksaa­n SPM, STPM dan MUET tahun 2015, semasa sidang media, di Wisma Pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia