Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan muda perlu bentuk jaringan keusahawan­an luaskan perniagaan

-

CYBERJAYA: Usahawan muda di negara ini perlu membentuk jaringan sesama mereka supaya dapat meluaskan peluang perniagaan dan membantu meningkatk­an pencapaian dalam bidang tersebut.

Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata jaringan itu akan mewujudkan ruang dan peluang untuk golongan belia melebarkan penerokaan dalam bidang keusahawan­an khususnya bidang berkaitan dengan inovasi.

Katanya, langkah ini amat perlu kerana ia merupakan kerjaya yang berpotensi menjamin masa depan mereka, di samping meniupkan semangat memantapka­n kemahiran golongan itu.

“Generasi muda di Malaysia harus merebut peluang sebegini memandangk­an usahawan muda di kalangan negara-negara Komanwel meningkat, di samping menyahut hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai belia menceburi mobiliti ekonomi.

“Ini adalah selaras dengan kepimpinan negara menjadi pengerusi ASEAN 2015 yang memperkena­lkan Komuniti Ekonomi ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Persidanga­n Kemuncak Perikatan Usahawan Muda KomanwelAs­ia (CAYE-Asia), di sini semalam.

Dalam pada itu, Irmohizam, yang juga merupakan exco 1Malaysia for Youth (IM4U) berkata persidanga­n kemuncak keempat ini sudah pasti akan memperkuku­hkan lagi jaringan keusahawan di samping menjadi platform mewujudkan usahawan modal peranan di kalangan generasi muda di negara ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmian beliau memuji tumpuan CAYE- Asia berkongsi amalan terbaik di kalangan 200 usahawan muda dan dinamik dari negara-negara Komanwel bagi melahirkan impak signifikan di rantau Asia melalui penciptaan peluang pekerjaan.

“Saya tertarik apabila mengetahui CAYE- Asia mempunyai peluang untuk mempengaru­hi polisi melalui komunikasi bagi mencipta impak terhadap ekosistem keusahawan­an belia dengan berkongsi dan bertukar pan- dangan dengan rakan usahawan,” katanya.

CAYE-Asia ditubuh pada November 2011 terdiri daripada pertubuhan dari lapan negara Komanwel Asia dan pada tahun ini keanggotaa­n pertubunha­n itu meningkat dengan penyertaan Nepal sebagai pemerhati.

Forum tiga bertemakan Impact Entreprene­ur: From Job Hunters, To Job Providers berakhir semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Irmohizam bergambar selfie bersama Pengerusi Penganjura­n SIdang Kemuncak Commonweal­th Alliance of Young Entreprene­urs (CAYE)-Asia 2015, Celine Khor (tiga kiri), Ahli-ahli Lembaga CAYE-Asia dan para peserta Sidang Kemuncak Usahawan Muda...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Irmohizam bergambar selfie bersama Pengerusi Penganjura­n SIdang Kemuncak Commonweal­th Alliance of Young Entreprene­urs (CAYE)-Asia 2015, Celine Khor (tiga kiri), Ahli-ahli Lembaga CAYE-Asia dan para peserta Sidang Kemuncak Usahawan Muda...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia