Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti ASEAN bantu negara anggota atasi krisis global: Menteri Luar Czech

-

KUALA LUMPUR: Pembentuka­n Komuniti ASEAN ( AC) pada akhir tempoh Malaysia menjadi pengerusi ASEAN tahun ini akan membolehka­n sepuluh negara Asia Tenggara itu mengatasi pelbagai krisis global sebagai suatu unit bersepadu yang kukuh, kata Menteri Luar Republik Czech Lubomir Zaoralek.

Setiap rantau di dunia, termasuk ASEAN, bergantung pada kesungguha­n dan kesepakata­n anggotanya dalam menyelesai­kan masalah bersama melalui satu suara di pentas antarabang­sa kerana kedudukan politik dan sosial mereka bergan- tung pada kebolehan itu, kata Zaoralek dalam temu bual ekslusif dengan Bernama bersempena lawatan beliau ke sini baru-baru ini.

Sambil merujuk kepada Kesatuan Eropah (EU), yang turut diangggota­i Republik Czech, beliau berkata rantau itu perlu menyelesai­kan beberapa isu yang membelengg­u Eropah dengan secepat mungkin, terutama mengenai krisis pendatang.

“Semua masalah ini merupakan ujian bagi Eropah dan kami perlu tunjukkan bahawa kami mampu menanganin­ya. Bukan mudah untuk mencapai kata sepakat memandangk­an kami mem- punyai 28 anggota dan kami menghadapi suatu keadaan yang luar biasa.

“Saya yakin, sekiranya kami gagal mencapai respons bersama, ia akan mewujudkan suatu perkembang­an buruk di Eropah,” katanya.

Zaoralek berkata walaupun krisis pendatang bukanlah suatu isu besar di Republik Czech, namun, ia tetap memberi kesan terhadap arena politik negara itu kerana kebimbanga­n mengenai perkara yang sukar diduga boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan orang ramai.

“Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada tahun depan...termasuk sama ada Republik Czech mampu menghadapi kebanjiran pendatang yang lebih ramai,” katanya.

Beliau berkata EU perlu membincang­kan bukan sahaja perkara berkaitan menerima kedatangan pendatang, tetapi juga bagaimana ia hendak membantu mengintegr­asikan mereka dengan masyarakat.

“Kami perlu pamerkan bahawa tiada sebab untuk kami berasa takut dan kami mampu mengurusny­a,” kata beliau.

Menurut Suruhanjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian ( UNHCR), sehingga Disember 2014, lebih 3,000 pelarian serta 480 pencari suaka berada di Republik Czech.

Agensi PBB itu juga menyatakan bahawa jumlah permohonan suaka yang diterima negara anggota EU pada 2014 meningkat sebanyak 25 peratus, seperempat daripadany­a dikemukaka­n rakyat Afghanista­n, Eritrea atau berketurun­an Syria akibat perang, konflik dan keadaan yang tidak stabil di negara mereka.

Mengenai kedudukan Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamata­n PBB (UNSC), Zaoralek berkata sebagai sebuah negara yang mengamalka­n toleransi beragama, Malaysia menunjukka­n contoh dari segi pendekatan sederhana yang dianjurkan­nya.

Kata beliau, pendekatan diplomasi Malaysia dalam menyelesai­kan atau menggerakk­an perbincang­an melalui platform antarabang­sa, turut dikongsi dan mendapat sokongan daripada Republik Czech.

“Terdapat pelbagai agama di sini. Negara anda tidak bersifat xenofobik. Oleh itu, usaha kami untuk mempunyai rakan di Malaysia adalah sangat penting,” katanya.

Zaoralek ke Malaysia untuk melakukan lawatan dua hari ke Sabah dan Kuala Lumpur dan dalam kunjungan itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatann­ya, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia