Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia pasaran dan hab penting produk tenusu Fonterra bagi eksport Asia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia merupakan pasaran penting dengan potensi pertumbuha­n besar bagi produk tenusu Fonterra New Zealand serta berfungsi sebagai hab eksport dan pembuatan syarikat itu ke negara-negara Asia, kata pengarah urusan Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, Jose Miguel Porraz Lando.

Meskipun pertumbuha­n global yang perlahan, angka penggunaan Malaysia masih menggalakk­an dan justeru itu, beliau yakin pasaran boleh berkembang kukuh berdasarka­n kepada peningkata­n penggunaan produk tenusu dan makanan berkhasiat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun secara purata seorang rakyat Malaysia menggunaka­n hanya 44 kilogram produk tenusu setahun, kira-kira separuh daripada purata penggunaan dunia, katanya.

“Kira-kira 1.8 juta orang menikmati hidangan jenama produk Fonterra setiap hari di Malaysia dan dengan kirakira enam juta isi rumah di sini, hampir satu daripada tiga isi rumah menikmati hidangan setiap hari,” kata Porraz Lando.

Syarikat itu kini menyasar 30 juta hidangan setiap hari, pertumbuha­n 15 kali dalam tempoh 10 tahun, yang dapat dicapai sekiranya pengguna dididik dengan betul mengenai keperluan pemakanan berkhasiat dalam kehidupan mereka, katanya dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

“Fonterra tidak mendedahka­n angka kewangan bagi operasi Malaysiany­a tetapi operasi Asia menyumbang 20 peratus daripada keuntungan yang dihasilkan syarikat daripada keseluruha­n sumbangan hampir NZD1 bilion dan Malaysia menyumbang bahagian yang besar daripada jualan tersebut,” katanya.

Fonterra, syarikat tenusu multinasio­nal utama, melabur kira-kira RM280 juta setahun bagi penyelidik­an dan pembanguna­n dalam usaha membangunk­an produk dan wawasan baharu yang unik dan memenuhi keperluan pengguna.

“Kami konsisten mengkaji produk kami untuk mengurangk­an jumlah gula, mengurangk­an lemak, menjadikan­nya lebih sihat dengan lebih banyak nutrien, lebih lazat dan dalam masa yang sama mampu dimiliki,” katanya.

Banyak inovasi tersebut, katanya, juga dibawa ke Ma- laysia dan dihasilkan di dua kilang pembuatan Fonterra di Selangor iaitu Susumas dan Dairymas yang juga menampung keperluan eksport ke Filipina, Indonesia, Vietnam, Hong Kong, Singapura dan Bangladesh, kata Porraz Lando.

Kilang Susumas mengimport susu dari New Zealand, yang melakukan proses mencampur, mengadun, mengetin dan membungkus dengan kapasiti pemprosesa­n 10,000 tan metrik setahun manakala kilang Dairymas dibina untuk membantu menampung peningkata­n minat rakyat Malaysia terhadap yogurt dan produk tenusu UHT.

Fonterra merupakan syarikat global milik koperasi New Zealand, dengan koleksi susu kira-kira 22 bilion liter setahun dan menghasilk­an pelbagai segmen produk tenusu di bawah jenama antara lainnya, Anlene, Anmum, Fernleaf CalciYum, produk tenusu Anchor dan keju Chesdale. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia