Utusan Borneo (Sarawak)

Masa pelaksanaa­n GST sesuai, kata pakar cukai

-

KUALA LUMPUR: Masa pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) adalah sesuai kerana ia membantu mengurangk­an kesan penurunan harga minyak, kata pengarah eksekutif kanan Pricewater­houseCoope­rs Taxation Services Sdn Bhd, Jennifer Chang.

“Dengan pengalaman lalu, apabila anda mula melihat apa yang berlaku di seluruh dunia, dengan penurunan harga minyak, jelas sekali ia bermakna kerajaan memperoleh hasil yang kurang, untuk menyediaka­n program- program yang mereka sebutkan dalam Bajet 2016,” katanya.

Jadi sebahagian besarnya, pelaksanaa­n GST sebenarnya membantu kerajaan meningkatk­an hasil cukai, katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Menurut perangkaan, Chang berkata kutipan bagi tempoh tiga bulan pertama pelaksanaa­n GST sejak April 2015 ialah kira-kira RM7 bilion, yang mana lebih tinggi berbanding kutipan cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) kira-kira RM4 bilion bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Justeru, kutipan GST mengatasi SST sebanyak RM2.5 bilion.

“Dengan tambahan hasil, sedikit sebanyak ia membantu kerajaan untuk kini melihat semula layanan GST bagi barangan tertentu yang boleh dikenakan lagi kadar sifar, seperti apa yang disebut dalam ucapan Bajet 2015,” kata Chang.

Beliau berkata hasil GST perlu disalurkan semula kepada rakyat dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang lebih tinggi dan beberapa inisiatif lain.

Sementara itu, GST merupakan cukai penggunaan berasaskan konsep tokokan nilai dan tidak seperti SST yang merupakan cukai seperingka­t, GST ialah cukai pelbagai peringkat.

Pembayaran cukai dibuat secara berperingk­at oleh pengantara dalam proses pengeluara­n dan pengedaran, tetapi cukai itu sendiri bukan kos kepada pengantara kerana mereka boleh menuntut balik GST yang dikenakan kepada input perniagaan mereka.

GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmat­an pada setiap peringkat pengeluara­n dan pengedaran dalam rantaian bekalan termasuk pengimport­an barang dan perkhidmat­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia