Utusan Borneo (Sarawak)

SCR perkenal VMR untuk kurangkan beban pelanggan

-

KUCHING: Restoran Singapore Chicken Rice (SCR) memperkena­lkan konsep baharu ‘Value Meal Restaurant Concept’ (VMR) bagi mengurangk­an beban rakyat terutama pelanggan tetapnya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu masa kini.

Menurut Pengarah Urusan SCR Corporatio­n Johnson Tan, pelancaran VMRC itu akan memberi tawaran penurunan harga istimewa antara 20 hingga 40 peratus bagi set menu F&B (makanan dan minuman) yang dijual di kesemua restoran SCR dengan bayaran termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) 6 Peratus.

“Kita telah meneliti keadaan ekonomi sepanjang enam bulan ini dan ia amat mencabar bagi pelanggan kita. Sebab itu kita memperkena­lkan konsep baharu yang boleh ‘memadam’ beban pengguna dalam menghadapi peningkata­n kos sara hidup masa kini.

“Meskipun kita menghadapi cabaran terutamany­a dari segi kos bekalan tetapi kita tetap melancarka­n kon- sep baharu ini bagi membantu pengguna secara keseluruha­nnya untuk menikmati juadah tanpa terbeban,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Jelasnya, empat restoran SCR di sekitar Kuching telah dikenal pasti iaitu di Song Thian Cheok, Batu 7, Tabuan Jaya dan Batu 4 1/2 Penrissen untuk memperkena­lkan konsep baharu ini.

“Anda boleh melihat restoran SCR dengan tanda VMR ( VMR- Value Meal Restaurant) selepas logo SCR untuk menikmati tawaran istimewa ini,” tambahnya.

Malah pelanggan yang datang pada majlis pelancaran menu VMR di setiap restoran SCR terpilih akan berpeluang menyertai peraduan Putar dan Menang.

Antara menu yang ditawarkan pada VMR ialah Nasi Ayam Panggang dan Stim dengan potongan harga 50 peratus atau hanya RM2.60 dan peraduan Putar dan Menang (setiap pembelian RM10 dan keatas dalam satu resit) di Restoran SCR Jalan Song Thian Cheok (2 dan 3 November), Restoran SCR Batu 7 (5 dan 6 November), Restoran SCR Tabuan Jaya (9 dan 10 November), dan Restoran SCR Everrise Batu 4 (12 dan 13 November).

Manakala bagi promosi pembukaan VMR, menu Nasi Ayam Panggang dan Stim hanya RM4 bersama air ‘Sunifeel Blackcurra­nt’ hanya RM0.50 boleh didapati di Restoran SCR di Jalan Song Thian cheok bermula 4 November ke atas, Batu 7 (7 November ke atas), Tabuan Jaya (11 November ke atas) dan Batu 4 (14 November ke atas).

Johnson memberitah­u kesemua tawaran berdasarka­n terma dan syarat.

 ??  ?? KONSEP BAHARU: Restoran Singapore Chicken Rice Value Meal berusaha mengurangk­an beban rakyat terutama pelanggan tetapnya.
KONSEP BAHARU: Restoran Singapore Chicken Rice Value Meal berusaha mengurangk­an beban rakyat terutama pelanggan tetapnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia