Utusan Borneo (Sarawak)

Bintulu Paragon tampil inovatif

Merangkumi ‘Street Mall’ terpanjang, kondominiu­m tertinggi di S’wak

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Bintulu Paragon merupakan pembanguna­n bersepadu terbesar di Bintulu dengan memiliki komponen bangunan yang bercirikan inovatif merangkumi `’ Street Mall’ sebagai sebuah pusat beli-belah terpanjang seumpamany­a pernah dibina termasuk memiliki kondominiu­m yang tertinggi di Sarawak.

Ketua Pegawai Operasi Naim Land Sdn Bhd Lau Kiet Hoo berkata, dengan adanya bangunan bercirikan inovatif dalam Bintulu Paragon itu, pihaknya percaya komuniti Bintulu akan turut sama berkongsi rasa bangga bersama mereka.

“Apa yang penting, semua usaha membina bangunan ikonik itu dilakukan dalam bandar Bintulu,” ujarnya berucap pada majlis pelancaran Blok B dan D (unit-unit tingkat satu) Street Mall dan Pejabat Kecil Pejabat Serba Guna (SOVO) B di Bintulu Paragon Street Mall Piazza semalam.

Katanya, sokongan komuniti Bintulu telah membantu usaha ini menjadi kenyataan dan pihaknya bersyukur atas sokongan yang diberikan selama ini.

Justeru katanya, sebagai tanda penghargaa­n kepada komuniti yang menyokong mereka, pelbagai program menarik diadakan hari ini.

“Antara program itu ialah berbentuk pertanding­an dan mencungkil bakat kanakkanak serta`’Bonanza Giveaway’ untuk mereka yang menempah unit-unit di Bintulu Paragon.

“Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut, boleh mengemukak­an pertanyaan kepada kakitangan jualan kami dan terokai komponen Bintulu Paragon yang boleh menjadi nilai tambah kepada gaya hidup, perniagaan dan portfolio pelaburan anda,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan Kanan Naim Land Sdn Bhd Alice Ting Kei Lang dan Pengurus Pemasaran dan Jualan Kanan Wahidatul AlFairus.

 ??  ?? PELANCARAN: Lau (dua kanan), Alice (empat kanan) dan Wahidatul (tiga kiri) melancarka­n Blok B dan D (unit-unit tingkat satu) Street Mall dan SOVO B di Bintulu Paragon Street Mall Piazza semalam.
PELANCARAN: Lau (dua kanan), Alice (empat kanan) dan Wahidatul (tiga kiri) melancarka­n Blok B dan D (unit-unit tingkat satu) Street Mall dan SOVO B di Bintulu Paragon Street Mall Piazza semalam.
 ??  ?? BERBAKAT: Seorang kanakkanak menyertai pertanding­an pakaian beragam berwatak pari-pari.
BERBAKAT: Seorang kanakkanak menyertai pertanding­an pakaian beragam berwatak pari-pari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia