Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangka stabil

Dipengaruh­i kelemahan ringgit dan pemulihan sederhana komoditi

-

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dijangka berada pada tahap stabil dan tidak berubah minggu ini dalam jajaran mata dagangan 1,660-1,680 susulan kelemahan ringgit dan pemulihan sederhana komoditi.

Naib Presiden/ Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, bagaimanap­un, bursa tempatan dijangka mendapat sedikit sokongan daripada kadar faedah Rizab Persekutua­n AS (Fed) yang dikekalkan dan pakej rangsangan belian bon Bank Pusat Eropah/Jepun.

“Kami juga menjangka aktiviti giliran positif selepas pembentang­an Bajet 2016 yang memberi tumpuan besar kepada sektor pembinaan dan perladanga­n,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Bajet 2016 merupakan pemangkin pasaran terbaik bagi mengimbang­i kelemahan kerana ia memberi tumpuan sewajarnya dalam mengimbang­i pertumbuha­n ekonomi, menambah baik kecekapan kerajaan dan mengekalka­n disiplin fiskal untuk meningkatk­an pertumbuha­n pendapatan korporat.

“Oleh kerana pelabur lebih berhati- hati dengan Bajet 2016 menjelang mesyuarat utama Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n, kami mengulangi pandangan kami bahawa FBMKLCI kemungkina­n tidak berubah hanya berada atas sedikit daripada paras sokongan segeranya pada 1,660 mata minggu ini,” katanya.

Bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FBM KLCI turun 45.22 mata untuk ditutup kepada 1,665.71, daripada 1,710.93 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas susut 259.45 mata kepada 11,573.90, Indeks FBMT100 berkuranga­n 268.76 mata kepada 11,256.03, FBM Emas Shariah turun 237.73 mata kepada 12,392.83, FBM 70 jatuh 169.87 mata kepada 12,767.61, dan FBM Ace susut 47.22 mata kepada 6,214.05.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkuranga­n 452.17 mata kepada 14,61.21, Indeks Perladanga­n turun 67.27 mata kepada 7,540.21, dan Indeks Perusahaan susut 61.85 mata kepada 3,306.65.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 10.24 bilion unit bernilai RM10.06 bilion dari- pada 11.93 bilion unit bernilai RM10.13 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan pasaran jatuh kepada 5.54 bilion unit bernilai RM9.14 bilion daripada 6.20 bilion unit bernilai RM9.15 bilion.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 1.75 bilion unit bernilai RM263.86 juta daripada 2.83 bilion unit bernilai RM430.87 juta.

Jumlah dagangan pasaran ACE meningkat kepada 2.95 bilion unit bernilai RM654.58 juta daripada 2.89 bilion unit bernilai RM542.30 juta pada Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia