Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta api merempuh bom di Pakistan

-

QUETTA: Sekurangku­rangnya empat orang maut dan 12 lagi cedera apabila sebuah kereta api penumpang melanggar bom yang dipasang pada sebuah landasan kereta api di barat daya Pakistan semalam.

Bom itu meletup apabila kereta api tersebut sampai di Mastung, sebuah daerah dalam wilayah Baluchista­n yang mengalami pemberonta­kan di barat daya Pakistan.

“Bom itu dipasang pada landasan kereta api.

“Ia meletup apabila kereta api sampai di kawasan Dasht (sebahagian daripada Mastung),” kata Shafqat Anwar, seorang pegawai kanan kerajaan di lokasi.

Anwar berkata, kereta api ekspres Jaffar bergerak dari Quetta, bandar utama Baluchista­n, ke bandar raya garison Rawalpindi di wilayah tengah Punjab.

Sebuah gerabak penumpang rosak selepas ia tergelinci­r dari landasan disebabkan oleh impak letupan, katanya.

“Sekurang-kurangnya tiga penumpang telah maut, dua di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke hospital,” kata Anwar.

Anwar Sammo, pegawai kanan kerajaan, memberitah­u bom IED (alat letupan yang diubah suai) digunakan dalam serangan itu.

“IED itu dipasang pada landasan kereta api.

“Semua mereka yang maut dan cedera adalah pekerja kereta api,” kata Sammo sambil menambah, kira-kira 650 penumpang menaiki kereta api terbabit.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu tetapi puak pemisah Baluch yang menuntut autonomi yang lebih meluas sudah bertahun-tahun melancarka­n pemberonta­kan dan wilayah itu turut mengalami sengketa kaumdankeg­anasanpela­mpau agama. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KECOH: Kakitangan perubatan merawat mangsa letupan bom di hospital sivil di Quetta, semalam.
— Gambar Reuters KECOH: Kakitangan perubatan merawat mangsa letupan bom di hospital sivil di Quetta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia