Utusan Borneo (Sarawak)

Tebusan Korea mati di Filipina

-

ZAMBOANGA: Seorang warga Korea Selatan yang diculik oleh pelampau Islam di selatan Filipina pada Januari lalu telah ditemui mati, kata pegawai tentera dan polis semalam.

Tebusan itu, Hong NwiSeong, dengan usia yang diberi sebagai 70 tahun, dijumpai di bandar Patikul di Pulau Jolo yang dilanda sengketa kelmarin, lebih sembilan bulan selepas dia diculik oleh anggota kumpulan Abu Sayyaf, kata Brigadier Jeneral Alan Arrojado, panglima pasukan petugas khas antikegana­san.

Arrojado berkata mangsa tidak dibunuh tetapi Abu Sayyaf membawa mayatnya ke kawasan penemuan ekoran kematian subjek akibat penyakit teruk.

Jenis penyakit tidak didedahkan tetapi jurucakap tentera tempatan Kapten Antonio Bulao berkata, mangsa dilaporkan sakit sejak beberapa minggu lalu sebelum mati antara tiga hingga lima hari lalu.

Mangsa diculik dari rumahnya di semenanjun­g Zamboanga oleh lelaki bersenjata pada 24 Januari dan kemudian dilaporkan berada dalam tangan komander Abu Sayyaf, kata tentera.

M a y a t n y a t e l a h dipindahka­n ke bandar raya selatan Zamboanga dan akan diterbangk­an ke Manila, kata pihak berkuasa.

S e o r a n g p e g a w a i kementeria­n luar Korea Selatan, yang enggan dikenali, terdahulu mengesahka­n kematian itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ia mengenal pasti mangsa sebagai lelaki berusia 74 tahun bernama Hong dan jika mayat itu disahkan warganegar­a, Korea Selatan akan menyiasat bersama pihak berkuasa Filipina.

Kumpulan itu dipercayai mendalangi penculikan tiga orang Barat baru-baru ini dan seorang Filipina pada September lalu selain penculikan seorang pemilik restoran dari Itali pada Oktober lepas, semua dari selatan Filipina.

Mereka juga disyaki menahan seorang pengkaji burung dari Belanda, dua warga Malaysia dan seorang budak lelaki tempatan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SELAMAT DATANG: Karimov berjabat tangan dengan Kerry (kanan) sambil diperhatik­an Menteri Luar Abdulaziz Kamilov (kiri) di Lapangan Terbang Samarkand, semalam.
— Gambar Reuters SELAMAT DATANG: Karimov berjabat tangan dengan Kerry (kanan) sambil diperhatik­an Menteri Luar Abdulaziz Kamilov (kiri) di Lapangan Terbang Samarkand, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia