Utusan Borneo (Sarawak)

Shebab sasari hotel ternama Somalia

Kenderaan sarat bahan letupan membuka laluan bagi para penyerang

-

MOGADISHU: Sekurangku­rangnya 12 orang maut di ibu kota Somali semalam selepas lelaki bersenjata Shebab menggunaka­n sebuah kenderaan yang penuh dengan bahan letupan untuk merempuh dan menyerang sebuah hotel, kata polis.

Shebab yang ada kaitan dengan Al-Qaeda mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan subuh itu di Hotel Sahafi yang popular di kalangan ahli parlimen, pekerja kerajaan dan ahli perniagaan.

Shebab berkata mereka masih berperang dengan pasukan keselamata­n tetapi askar Kesatuan Afrika (AU), yang berjuang bersama tentera kerajaan, berkata mereka sudah mengambil alih bangunan hotel.

“Penyerang meletupkan bom kereta untuk memecah masuk sebelum memasuki hotel. Kami menerima laporan mengenai 12 mayat,” kata anggota polis Abdulrahid Dahir.

Saksi berkata mereka ternampak beberapa mayat orang yang maut dalam letupan pertama apabila sebuah bas mini yang penuh dengan bahan letupan dilaporkan digunakan untuk merempuh pagar pekarangan hotel yang kukuh, disusuli letupan kuat kedua.

Komando Shebab kemudian menyerbu masuk, dan saksi melaporkan pertempura­n sengit dan beberapa letupan kuat.

“Satu letupan yang begitu kuat berlaku dan orang di sekitar pintu masuk maut,” kataMohame­dIsmael, seorang saksi yang ada berdekatan ketika serangan bermula.

Seperti hotel antarabang­sa lain di Mogadishu, Hotel Sahafi sememangny­a dilindungi kubu kukuh.

Ia merupakan lokasi penculikan dua ejen keselamata­n Perancis pada 2009, yang mana salah seorang daripada mereka kemudian berjaya melarikan diri manakala seorang lagi dibunuh oleh Shebab dalam satu cubaan menyelamat yang gagal pada 2013.

Jurucakap Shebab, Abdulaziz Abu Musab mendakwa lelaki bersenjata terbabit berjaya mengepung hotel yang terletak berdekatan bulatan K4 yang penting.

“Pejuang mujahidin mengambil alih Hotel Sahafi di mana orang murtad dan penjajah Kristian tinggal,” dia menyebut dalam satu kenyataan.

“Mujahidin menjalanka­n operasi di dalam hotel selepas mengambil alih.”

Namun misi AU di Somalia, AMISOM, pasukan seramai 22,000 anggota yang menentang Shebab, berkata mereka berjuang bersama anggota tentera kerajaan dan sudah merampas semula hotel.

“Tentera kerajaan Somalia dan AMISOM sudah mengawal keadaan,” menurut kenyataan tentera AU. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia