Utusan Borneo (Sarawak)

Karimov iringi Kerry lawat Jalan Sutera

-

SAMARKAND: Presiden Uzbekistan Islam Karimov menyambut karavan diplomatik Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry ke kubu kota Samarkand yang bersejarah di laluan Jalan Sutera semalam.

Pemimpin kuku besi berusia 77 tahun itu, yang sudah memerintah Uzbekistan selama sesuku abad sejak kemerdekaa­nnya, bertemu dengan Kerry di lapangan terbang dalam kabus tebal.

Kedua- dua pemimpin kemudian menuju ke sebuah pusat persidanga­n dalam kompleks kediaman presiden yang tersergam luas bagi rundingan tertutup.

Menurut laporan hak asasi manusia 2014 oleh Jabatan Negara AS sendiri, sistem pilihan raya Uzbekistan dicemari penipuan dan penyeksaan serta rasuah adalah berleluasa.

Dalam bahasa yang lebih menarik, satu kabel diplomatik AS pada 2010 yang bocor dan diterbitka­n oleh WikiLeaks melabel alam Karimov sebagai dunia ngeri dengan rasuah yang berleluasa, jenayah terancang, buruh paksaan di ladang kapas serta penyeksaan.

Kerry, yang kelmarin mengadakan perbincang­an yang sukar mengenai hak asasi manusia bersama rakan sejawatann­ya di Kyrgyzstan, menyatakan beliau tidak akan segan-silu untuk mengkritik tuan rumah dalam rangka jelajahnya.

Namun beliau juga sudah menjelaska­n Washington bersedia untuk memelihara dan meningkatk­an lagi hubungan diplomatik di rantau ini walaupun ia ada kebimbanga­n.

Samarkand, sebuah pusat purba keilmuan Islam, akan menjadi latar belakang kepada mesyuarat menteri pertama di antara AS dengan kelima-lima kuasa Asia Tengah.

Diplomat berharap format baharu yang memakai nama kurang eksotik ‘C5+1’, akan menjadi forum berterusan kerjasama di antara AS dengan negara-negara ‘Stan’.

Kerry dan menteri luar dari Kyrgyzstan, Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Turkmenist­an bertemu dan makan tengah hari sambil bekerja sebelum melawat bandar raya bersejarah itu.

Washington merupakan antara ibu kota asing pertama yang mengiktira­f kemerdekaa­n republikre­publik Asia Tengah tersebut sesuku abad yang lalu ketika Soviet Union tumbang.

Sejak itu Asia Tengah cuba memelihara imbangan di antara hubunganny­a dengan bekas tuan Moscow, rakan ekonomi yang meningkat naik China dan AS.

Di kemuncak peperangan di negara jiran Afghanista­n, jentera perang NATO menyelengg­ara pusat-pusat lojistik penting di rantau itu tetapi semuanya kini sudah ditutup.

Sebaliknya Rusia yang semakin mempamerka­n belang dan China yang ingin melabur dalam perdaganga­n dan infrastruk­tur mencapai kemajuan diplomatik, manakala AS kian diketepika­n.

Namun pegawai Asia Tengah dan AS berkata hubungan republik-republik itu dengan Washington memberikan­kelebihank­epada merekauntu­kmengemuka­kan agenda mereka sendiri bila berdepan dengan jiran-jiran mereka yang lebih besar.

Kerry sudah melakukan sebahagian daripada jelajah pertamanya ke kelimalima negara berkenaan, dan datang dengan menjanjika­n pelaburan dalam pendidikan dan kerjasama dalam ancaman keselamata­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia