Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan raya Turki kali ini cukup genting

Rakyat yang berpecah-belah membuang undi walaupun dalam suasana huru-hara

-

ANKARA: Rakyat Turki mengundi semalam dalam salah satu pilihan raya paling genting sejak sekian lama ketika negara yang begitu berpecah-belah itu berdepan dengan siri serangan jihad yang berdarah dan konflik Kurdish yang baharu.

Pilihan raya itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya lima bulan sahaja, diumumkan selepas Parti Keadilan dan Pembanguna­n (AKP) pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan hilang kuasa majoriti dalam parlimen pada Jun lalu buat pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun dan kemudian gagal untuk membentuk kerajaan perikatan.

Kira-kira 385,000 anggota polis dan gendarme telah digerakkan di seluruh negara, dengan kawalan keselamata­n yang khususnya tinggi di wilayah majoriti Kurdish yang bergolak di bahagian tenggara, di mana kenderaan perisai dan polis kelihatan di luar pusat undian.

“Saya hanya mahukan keamanan dan persaudara­an, kami sudah terlalu menderita kebelakang­an ini,” kata Kiziltopra­k Mahmut, 43 tahun, kepada AFP di bandar raya Kurdish utama Diyarbakir.

Jumlah orang yang keluar mengundi dijangka tinggi di kalangan 54 juta pengundi berdaftar dan barisan terbentuk awal di pusat undian.

Keputusan pertama dijangkaka­n sekitar 1800 GMT, empat jam selepas pengundian berakhir.

AKP yang konservati­f dijangka menerima undi antara 40 hingga 43 peratus, sekali gus berkemungk­inan membentuk pakatan rapuh dengan salah satu daripada tiga parti yang akan memenangi kerusi, atau satu lagi pilihan raya.

“Kami menyeru rakyat agar menunjukka­n semangat dan menjadikan hari ini satu pesta demokrasi, tanpa mengira keputusann­ya,” kata Perdana Menteri Ahmet Davutoglu, yang mana kedudukann­ya sendiri berisiko jika AKP gagal meraih kejayaan mutlak.

‘Ke peti undi untuk negara yang bebas’ menjadi tajuk berita utama akhbar harian pembangkan­g Zaman.

AKP yang konservati­f dan cenderung ke arah Islam pimpinan Erdogan diramal akan memenangi antara 40 hingga 43 peratus untuk membuka laluan sama ada bagi perikatan yang goyah dan ramai penganalis­is kata tidak akan bertahan lama, atau pilihan raya semula.

Dengan negara yang begitu berpecah- belah menurut garisan etnik dan mazhab serta ekonomi yang goyah, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu kelmarin menyeru kepada pengundi untuk memilih “kestabilan”.

“Kita memerlukan perubahan hala tuju supaya kita dapat bernafas semula. Turki semakin tidak dapat diperintah,” kata Ibrahim Yener, 34, ketika dia membuang undi di sebuah daerah di Ankara.

Semua mata akan sekali lagi tertumpu kepada Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang mencipta sejarah pada Jun lalu apabila ia menjadi pergerakan pro-Kurdish pertama dalam parlimen dan memenangi cukup banyak kerusi untuk menyekat majoriti AKP.

“Saya berharap hasil pilihan raya hari ini akan menaikkan harapan bagi keamanan kerana inilah yang paling diperlukan Turki sekarang.

“Tertakluk kepada kuasa rakyat untuk mengubah masa depan kita dan menjamin demokrasi yang lebih kuat,” kata pemimpin berkarisma HDP Selahattin Demirtas sejurus membuang undi.

Namun ia berdepan dengan tuduhan bahawa ia sekadar medan bagi Parti Pekerja Kurdistan ( PKK) yang diharamkan selepas kempen bersenjata­nya bagi mendapatka­n autonomi mengorbank­an 45,000 orang sejak 1984.

Parti Pergerakan Nasionalis ( MHP) yang berkongsi pangkalan pengundi yang sama dengan AKP, menolak penyertaan dalam sebarang pakatan dengan HDP.

Turki akan menerima kunjungan pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sempena sidang kemuncak G20 di pusat peranginan Antalya dekat Laut Mediterran­ean pada 1516 November. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEDUDUKAN GENTING: Davutoglu membuang undi sambil diperhatik­an isterinya Sare di sebuah pusat pengundian semasa pilihan raya parlimen di Konya, semalam.
— Gambar Reuters KEDUDUKAN GENTING: Davutoglu membuang undi sambil diperhatik­an isterinya Sare di sebuah pusat pengundian semasa pilihan raya parlimen di Konya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia