Utusan Borneo (Sarawak)

Mesir sahkan semua dalam Airbus Rusia terkorban

-

KAHERAH: Penyiasat antarabang­sa sudah mula menyiasat kenapa sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 orang terhempas di sebuah kawasan pergununga­n Semenanjun­g Sinai, Mesir, dan membunuh semua orang di dalam pesawat dalam salah satu insiden Airbus paling dahsyat sejak sedekad lalu.

Bendera dikibarkan separuh tiang pada bangunan rasmi di Rusia semalam dan program televisyen hiburan akan dibatalkan sebagai sebahagian daripada hari berkabung di seluruh negara bagi mangsa, kebanyakan­nya warga Rusia berusia daripada 10 bulan sehingga 77 tahun.

Kaherah dan Moscow menolak dakwaan daripada sebuah kumpulan militan yang bersekutu dengan pemberonta­k Islamic State (IS) bahawa ia telah menembak jatuh pesawat yang dikendalik­an oleh syarikat penerbanga­n Kogalymavi­a itu, yang beroperasi di bawah nama Metrojet, dalam penerbanga­n dari Sharm elSheikh ke St Petersburg.

Perdana Menteri Mesir Sharif Ismail berkata pakar mengesahka­n puak militan tidak dapat menembak jatuh pesawat pada ketinggian 30,000 kaki iaitu ketinggian penerbanga­n pesawat Airbus 321 terbabit, manakala Menteri Pengangkut­an Rusia Maxim Sokolov berkata dakwaan itu “tidak boleh dianggap tepat”.

Perakam data kotak hitam pesawat sudah ditemui dan dihantar untuk analisis dan lewat kelmarin Sokolov dan Menteri Darurat Rusia Vladimir Puchkov tiba di Kaherah bersama sepasukan pakar untuk membantu dengan siasatan yang diketuai Mesir.

Dua penyiasat nahas udara dari Perancis – negara asal Airbus – juga akan pergi ke Mesir bersama enam pakar dari syarikat aeroangkas­a gergasi itu untuk membantu siasatan.

Lufthansa dari Jerman, Emirates dan Air France berkata mereka akan menghentik­an penerbanga­n di ruang udara Sinai sehingga sebab di sebalik nahas itu menjadi jelas.

Pesawat terbabit, yang membawa 214 penumpang Rusia dan tiga penumpang Ukraine selain tujuh anak kapal, terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara 23 minit selepas ia berlepas dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh dekat Laut Merah.

“Malangnya semua penumpang pesawat penerbanga­n 9268 Kogalymavi­a dari Sharm el- Sheikh ke Saint Petersburg sudah mati. Kami menyampaik­an takziah kepada keluarga dan rakanrakan,” kata kedutaan Rusia di Kaherah.

Serpihan pesawat dan mayat dijumpai bertaburan dalam kawasan seluas enam hingga lapan kilometer persegi, kira-kira 100 kilometer ke selatan bandar El-Arish, kata pegawai Mesir.

Sekutu IS yang melancarka­n pemberonta­kan di Sinai mendakwa ia menembak jatuh pesawat itu untuk membalas serangan udara oleh Rusia ke atas IS di Syria.

Seorang pegawai kawalan trafik udara Mesir berkata juruterban­g memberitah­unya dalam perbualan terakhir mereka bahawa dia ada masalah radio tetapi Menteri Penerbanga­n Awam Mohamed Hossam Kamal menolak laporan bahawa kapten itu telah meminta untuk mengubah haluan sebelum nahas berlaku dan berkata komunikasi adalah “normal”.

“Tiada perkara yang normal dan juruterban­g tidak meminta untuk mengubah laluan pesawat,” katanya.

Kogalymavi­a mengeluark­an kenyataan takziah buat keluarga mangsa dan mempertaha­n juruterban­g Valery Nemov yang mempunyai pengalaman terbang lebih 12,000 jam, termasuk 3,860 jam bagi pesawat Airbus A321.

Metrojet berkata pesawat itu menjalani pemeriksaa­n keselamata­n pada tahun lepas dan agensi penerbanga­n Rusia Rosaviatsi­a berkata “tiada sebab untuk memikirkan bahawa punca nahas adalah masalah teknikal atau kesilapan kru”.

Pegawai penerbanga­n Rusia Sergei Izvolsky memberitah­u agensi berita Interfax, pesawat itu berlepas dari Sharm el-Sheikh pada jam 5.51 pagi waktu tempatan dan 23 minit kemudian gagal untuk berhubung dengan menara kawalan trafik udara di Cyprus.

Amerika Syarikat, Perancis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Venezuela menyampaik­an ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGIK: Ismail melihat bangkai Airbus A321 Metrojet Kogalumavi­a yang terhempas di kawasan pergununga­n tengah Semenanjun­g Sinai dekat bandar raya utara El Arish, kelmarin.
— Gambar Reuters TRAGIK: Ismail melihat bangkai Airbus A321 Metrojet Kogalumavi­a yang terhempas di kawasan pergununga­n tengah Semenanjun­g Sinai dekat bandar raya utara El Arish, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia