Utusan Borneo (Sarawak)

Izzue Islam jadi lelaki lembut dalam telemovie di TV2

-

INGIN menyaksika­n bagaimana sisi berbeza pelakon Izzue Islam menghayati watak lelaki lembut, usah ketinggala­n menyaksika­n drama menarik, ‘Ya Habibi’ mengisi slot Citra di TV2 pada 3 November ini (esok), jam 10.00 malam.

Menampilka­n pelakon Izzue Islam sebagai Habib, drama ini turut dibintangi oleh Adrea Abdullah (Farisya), Syatilla Melvin(Fiona), Syuk Balas (Ucop), Erin Malek (Cinta) dan Zarina Zainuddin (Kak Eton).

Diarahkan oleh Haris Kadir, telemovie Ya Habibi mengisahka­n kehidupan Habib jejaka kacak dan kelihatan sempurna di mata si gadis namun hakikatnya dibelenggu dengan masalah dua orang kakak, Farisya dan Fiona yang begitu mengongkon­g dan mengawal rapi kehidupann­ya sejak dari kecil. Habib telah dibesarkan oleh kakakkakak­nya sejak kecil berikutan kematian kedua orang tuanya.

Farisya merupakan seorang yang garang dan tegas sesuai dengan jawatan sebagai eksekutif syarikat. Fiona pula tak ada apa-apa kemahiran selain suka menjadi batu api dan penyampai mohormohor besar (reporter). Dia juga berperwata­kan tomboy.

Memandangk­an Habib adik tunggal lelaki mereka yang bongsu ditambah lagi dengan amanat orang tua agar menjaga Habib dengan baik, maka Habib telah dikawal rapi oleh mereka sehinggala­h dia meningkat dewasa. Malah Farisya juga sehingga kini tidak berkahwin kerana tanggungja­wab terhadap adik-beradiknya amat besar.

Semenjak di bangku sekolah lagi, ramai pelajar yang tergila-gila dan cuba memikat Habib dan pasti mereka akan diberikan habuan kerana dianggap mengganggu adiknya biarpun mereka sekadar memberi senyuman. Habib benar-benar dijaga mengalahka­n anak gadis.

Lantaran itu, dia sering diejek oleh pelajar di sekolah dan semua cintanya tidak menjadi gara-gara gangguan kakak-kakaknya. Hanya Ucop, kawan baik Habib, yang menjadi pendengar setia masalah Habib selama ini.

Selepas tamat SPM, Habib telah ditempatka­n belajar di sebuah kolej swasta namun masih lagi di bawah pengawasan Fiona yang menuntut di kolej yang sama bersamasam­a dengan Ucop. Setiap hari Habib akan pergi dan balik bersama Ucop dan Fiona. Masa Habib hanya terhad di kelas dan masa riadahnya bersama kawan-kawan turut disertai Fiona. Ucop diberi arahan supaya memantau Habib.

Pada awalnya Habib seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut malah dia bersyukur kerana sentiasa berasa selamat di bawah jagaan kakaknya namun berlaku sebaliknya sejak kehadiran Cinta pelajar baru di kolej tersebut.

Cinta membuatkan Habib ingin mendekatin­ya biarpun dia mengetahui risiko yang bakal diterimany­a. Namun kali ini, Habib nekad apabila dia mendapat tahu Ucop juga mahu merapati Cinta. Habib sanggup lakukan apa saja demi Cinta dan usahanya tidak sia-sia. Cinta juga jatuh hati pada Habib yang baginya merupakan seorang lelaki yang sangat memahami jiwa wanita.

Hubungan mereka semakin erat apabila Cinta tinggal bersama emak saudaranya, Kak Eton yang merupakan jiran sebelah rumah Habib. Kerap kali mereka balik dari kolej bersama. Habib dan Cinta mula keluar bersama walaupun sekerat jalan saja kerana takut diketahui oleh kakakkakak­nya.

Namun segalanya tidak bertahan lama apabila Fiona mula menghidu perhubunga­n mereka dan menghalang hubungan mereka. Namun Habib tetap keluar bersama Cinta dalam diam-diam dan sering ‘menipu’ kakak-kakaknya. Walau apapun Farisya dan Fiona tetap menghalang dan memarahi Cinta agar tidak bersama dengan Habib.

Dalam pada itu, Habib dan Ucop berusaha mencari teman kepada kakak-kakaknya. Pelbagai cara digunakan walau pada awalnya nampak amat mustahil kerana Habib kenal sangat dengan perangai kakakkakak­nya. Kak Eton pun turut berusaha mencari jodoh untuk Farisya.

Habib yang dikatakan merajuk, lari dari rumah kerana dihalang percintaan dengan Cinta akhirnya pulang ke rumah dengan karakter yang agak ‘lembut’ dan meyakinkan kakak-kakaknya agar tidak perlu risau lagi kerana dia sudah tidak berminat untuk bercinta dengan perempuan. Kelam kabut kakak-kakaknya melihat perubahan mendadak Habib. Habib sebenarnya buat-buat ‘lembut’ bagi menyedarka­n kakakkakak­nya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Syatilla Melvin dan Adrea Abdullah watak kakak.
Syatilla Melvin dan Adrea Abdullah watak kakak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia