Utusan Borneo (Sarawak)

SPDP masih dalam BN

Sangkal khabar angin menyatakan SPDP tidak lagi berada dalam BN

-

MARUDI: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing menyangkal khabar angin disebarkan sesetengah pihak di sini menyatakan bahawa parti itu tidak lagi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada lebih 1,000 hadirin pada Majlis Pemimpin SPDP Bersama Rakyat anjuran Sayap Pemuda SPDP di Rumah Aji Sungei Selepin Baruh kelmarin (Sabtu), Tiong mem- beri jaminan bahawa parti itu masih lagi komponen BN malah masih aktif di peringkat akar umbi.

“Saya boleh memberi jaminan, SPDP tanpa sebarang keraguan adalah parti komponen BN, sama seperti komponen lain iaitu PRS ( Parti Rakyat Sarawak), SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan PBB ( Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak,” ujarnya.

Semasa majlis itu, beliau turut menerima 240 borang permohonan menjadi ahli parti daripada SPDP Cawangan Marudi dan antara pemohon itu, 36 merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Hadir sama Naib Presiden SPDP merangkap Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Ketua Wanita SPDP Datuk Chew Yen Chiew, Ketua Pemuda Kaunselor Robert Ayu, Pengerusi SPDP Telang Usan Wan Lah, Setiausaha

Saya boleh memberi jaminan, SPDP tanpa sebarang keraguan adalah parti komponen BN, sama seperti komponen lain iaitu PRS (Parti Rakyat Sarawak), SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) dan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di

” Sarawak. Datuk Seri Tiong King Sing Presiden SPDP

Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Datu Penguang Manggil dan wakil-wakil daripada PBB, SUPP dan PRS.

Tiong menegaskan bahawa Marudi secara tradisiona­lnya di bawah SPDP dan parti itu akan mempertaha­nkan Marudi yang dimenangi pada pilihan raya lalu.

Beliau menambah, SPDP juga akan mempertaha­nkan tujuh lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntuk­kan kepada parti itu di bawah persetujua­n BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya majlis itu dianjurkan sempena lawatan beliau ke situ untuk meninjau situasi di peringkat akar umbi dan akses respons rakyat mengenai calon-calon berpotensi parti pada PRN akan datang.

“Memandangk­an Pilihan Raya Negeri semakin hampir dan ia boleh diadakan pada bila- bila masa, saya perlu memastikan caloncalon berpotensi kita turun padang, berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.

Robert yang berucap pada majlis itu turut menyelar tindakan segelintir ahli Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) kerana menyebar khabar angin mengatakan SPDP bukan lagi ahli BN dengan niat mengeliruk­an rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau juga menafi dakwaan ahli TERAS di sini bahawa parti mereka parti BN kerana ia tidak akan menjadi sebahagian BN tanpa persetujua­n sebulat suara semua parti komponen BN.

“Menurut perlembaga­an BN, yang mesti dipatuhi semua parti komponen, mana-mana parti politik lain yang mahu menyertai keluarga BN mesti mendapat persetujua­n semua.

“Oleh itu, mana-mana parti mendakwa mereka mesra BN atau ‘BN-plus’, bukan parti komponen BN.

“Ada empat parti komponen BN di sini, sehingga sekarang ia kekal PBB, SPDP, PRS dan SUPP,” tegasnya.

Robert turut berterima kasih kepada pemimpinpe­mimpin daripada parti komponen BN kerana menunjukka­n sokongan kepada SPDP dengan menghadiri sesi dialog bersama penyokong di peringkat akar umbi di situ.

Beliau menegaskan, ia membuktika­n SPDP masih mendapat sokongan kuat daripada parti komponen BN lain.

Sementara itu, Anyi Ngau meminta orang ramai kekal bersama SPDP dan memberi sokongan mereka bagi memastikan calonnya boleh memenangi kerusi dipertandi­ngkan untuk BN.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI BAHARU: Tiong menerima 240 borang permohonan daripada wakil mereka untuk menyertai SPDP.
AHLI BAHARU: Tiong menerima 240 borang permohonan daripada wakil mereka untuk menyertai SPDP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia