Utusan Borneo (Sarawak)

KV Betong ungguli pertanding­an kemahiran My KV Skills Zon S’wak

- Oleh Saleman Senin

MENGUNGGUL­I lima daripada lapan kategori dipertandi­ngkan memberi kelebihan kepada Kolej Vokasional (KV) Betong mengambil peluang beraksi di laman sendiri dengan menjuarai keseluruha­n pertanding­an kemahiran My KV Skills Zon Sarawak berlangsun­g di KV Betong dekat Betong, baru-baru ini.

Pertanding­an diadakan bagi mencungkil bakat pelajar KV dalam bidang kemahiran sekali gus memilih peserta mewakili negeri Sarawak ke pertanding­an peringkat kebangsaan pada pertengaha­n November nanti.

Sebanyak lapan bidang telah dipertandi­ngkan yang merupakan bidang kemahiran dipelajari sepanjang pengajian di KV iaitu Automotif, Kimpalan, Pemesinan-Menggegas, Pemesinan-Melarik, Pembinaan, Kulinari, Elektrik dan Elektronik.

Manakala itu, tujuh KV di Sarawak menyertai pertanding­an tersebut seperti KV Kuching, KV Matang, KV Betong, KV Sibu, KV Bintulu, KV Miri dan KV Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Ilmu Kuching.

Keputusan penuh pertanding­an My KV Skills Zon Sarawak menyebelah­i KV Betong yang berjaya mengumpul 40 mata dan diumum juara keseluruha­n manakala KV Matang mengutip mata sebanyak 14 mata berada pada kedudukan naib juara.

Kedudukan ketiga dan keempat keseluruha­n masing-masing mengutip mata sebanyak 12 dan 11 mata ialah KV Bintulu dan KV Miri.

Keputusan bagi setiap kategori yang dipertandi­ngkan iaitu bidang Automotif menyaksika­n KV Bintulu telah memenangi kategori tersebut manakala KV Betong di tempat kedua dan masing-masing kedudukan ketiga dan keempat ialah KV Kuching dan KV Matang.

Bidang kimpalan menyaksika­n penguasaan antara dua KV iaitu KV Miri di kedudukan juara dan keempat seterusnya kedudukan kedua dan ketiga masing-masing disandang KV Betong.

Bagi bidang pemesinanm­enggegas dikuasai oleh KV Miri, naib juara milik KV Matang manakala KV Betong dan KV Bintulu masing-masing tempat ketiga dan keempat.

Keputusan seterusnya menyaksika­n KV Betong memenangi semua lima bidang lain.

Manakala bidang pemesinan-melarik KV Betong kedudukan pertama dan keempat masing-masing kedudukan kedua dan ketiga, KV Matang dan KV Bintulu.

Bidang pembinaan, kedudukan juara dan naib juara menjadi milik KV Betong manakala perebutan tempat ketiga dan keempat milik KV Matang dan KV Bintulu.

Selain itu, bidang Kkulinari dimenangi KV Betong dan naib juara KV Bintulu manakala tempat ketiga dan keempat diberi kepada KV Matang dan KV Kuching.

Seterusnya bagi bidang elektrik, KV Betong (Juara), KV KV Matang (naib juara), KV Sibu (ketiga) dan PPKS Ilmu (keempat).

Bidang elektronik, masing-masing juara dan keempat milik KV Betong, KV Sibu (naib juara) dan KV Kuching (ketiga).

Hadiah telah disampaika­n oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Betong Sapawi Mahdi yang hadir pada majlis penangguha­n rasmi.

Hadir sama ialah Pengarah KV Betong Mohamad Sahran Amin, Pengarah KV PPKS Ilmu Rambli Hasbi dan Pengarah SMT Sejingkat Ng Fook Yin.

 ??  ?? BERBAKAT: Peserta menunjukka­n bakat masing-masing dalam pertanding­an My KV Skills Zon Sarawak di KV Betong baru-baru ini.
BERBAKAT: Peserta menunjukka­n bakat masing-masing dalam pertanding­an My KV Skills Zon Sarawak di KV Betong baru-baru ini.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Sapawi menyampaik­an cenderamat­a kepada hakim pertanding­an.
PENGHARGAA­N: Sapawi menyampaik­an cenderamat­a kepada hakim pertanding­an.
 ??  ?? PEMENANG: Sapawi menyampaik­an hadiah kepada pemenang pada majlis itu.
PEMENANG: Sapawi menyampaik­an hadiah kepada pemenang pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia