Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang cedera motosikal berlanggar kenderaan lain

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selepas terlibat dalam kemalangan di Batu 7, Jalan Matang, di sini semalam.

Mangsa berusia 58 tahun itu semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja apabila gagal mengawal motosikal lalu berlanggar dengan sebuah kenderaan lain sekitar jam 8 pagi.

Orang ramai menyaksika­n kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa sebelum dia dikejarkan ke HUS oleh pihak ambulans.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilapor stabil dan masih menerima rawatan di HUS.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang wanita dirujuk ke HUS kerana dikhuatiri mengalami kecederaan dalaman selepas dia terjatuh ketika diragut di luar sebuah bank di Padungan, semalam.

Mangsa berusia 50-an itu semasa kejadian bersama suami baharu selesai berurusan di bank dan berjalan kaki menuju ke kereta sekitar jam 10 pagi.

Bagaimanap­un,mangsadika­takan diragut dan menyebab terjatuh apabila cuba mempertaha­n beg tangannya daripada dilari peragut.

“Suspek bagaimanap­un berjaya melarikan beg tangan mangsa mengandung­i telefon bimbit, dokumen peribadi serta wang tunai,” kata sumber.

Mangsa selepas insiden tampil membuat laporan di balai polis berhampira­n sebelum dirujuk ke HUS untuk pemeriksaa­n.

 ??  ?? CEDERA: Penunggang motosikal tiba HUS untuk rawatan lanjut.
CEDERA: Penunggang motosikal tiba HUS untuk rawatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia