Utusan Borneo (Sarawak)

Lori tanah rempuh restoran di Permatang Nibong

-

BUKIT MERTAJAM: Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbabas dan merempuh sebuah restoran di persimpang­an lampu isyarat di Permatang Nibong, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, lori dipandu lelaki berusia 40-an itu dalam perjalanan dari Bandar Perda menghala ke pekan Permatang Pauh sebelum terbabas di kiri jalan dan merempuh kedai makanan berkenaan.

Jurucakap polis berkata semasa kejadian, tiada pekerja atau pelanggan di restoran masakan panas dan tomyam itu kerana ia beroperasi ber- mula jam 5 petang hingga awal pagi setiap hari.

“Pemandu l ori i tu mendakwa brek kenderaann­ya gagal berfungsi ketika mahu berhenti di lampu isyarat simpang tiga di situ sebelum dia cuba mengelak kereta di hadapan dan terbabas ke kiri jalan.

“Sebahagian bumbung di ruang hadapan kedai itu dan meja serta kerusi di situ rosak akibat kejadian,” katanya di sini semalam.

Jurucakap itu berkata pemandu lori itu bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, pekerja kedai berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Roslina, 27, berkata semasa kejadian beberapa pekerja masih berada di rumah sewa yang tidak jauh dari kedai terbabit.

Katanya, mereka dimaklumka­n oleh majikan mengenai kejadian itu dan bergegas ke restoran berkenaan untuk melihat keadaan kedai.

“Nasib baik semasa kemalangan itu kedai masih belum dibuka jika tidak mesti ramai yang cedera. Kejadian ini pertama kali berlaku sejak restoran beroperasi lima tahun lepas,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia