Utusan Borneo (Sarawak)

Bauksit: SPRM tahan tiga orang awam termasuk seorang wanita

-

KUANTAN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga orang awam termasuk seorang wanita kelmarin yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi perlombong­an bauksit secara haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek berusia antara 44 dan 50 tahun, ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara jam 4 petang hingga 11.55 malam.

“Mereka dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelom- bong-pelombong tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan isu bauksit kepada tujuh orang.

Azam berkata semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga memaklumka­n SPRM masih giat menjalanka­n siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabka­n berlakunya kegiatan perlombong­an haram dan ketirisan yang dianggarka­n bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lepas.

“SPRM turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombong­an bauksit secara haram,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia