Utusan Borneo (Sarawak)

MPP tanggung RM80,000 setahun bersih sampah dibuang merata-rata

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM80,000 setiap tahun bagi membersihk­an sampah dibuang meratarata.

Pengerusin­ya, Lo Khere Chiang berkata isu pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggun­gjawab itu tidak sepatutnya berlaku.

“Mereka membuang di kawasan yang tidak sepatutnya, pada hal masyarakat sentiasa mengingink­an kehidupan ceria dan bersih.

“Memang tidak dinafikan perkara ini membuatkan saya sakit kepala kerana kita (MPP) terpaksa membelanja­kan duit untuk kegunaan yang dirasakan tidak perlu,” katanya sambil mendedahka­n, pihaknya telah membelanja­kan jumlah sama tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jom Makan Durian anjuran Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Lo berkata meskipun tong sampah telah disediakan namun masih terdapat pihak tidak bertanggun­gjawab menimbulka­n masalah tersebut.

“Tong sampah banyak disedia tetapi saya tidak faham kenapa mereka masih bertindak seddemikia­n malah tidak bertanggun­gjawab membuang sampah di merata tempat,” jelasnya.

Katanya, bukan itu sahaja, malah ada mencampakk­an sampah dari kereta masuk ke dalam parit.

Menjelaska­n perkara itu, beliau berkata ia akan menyebabka­n masalah longkang tersumbat jika perkara itu berterusan berlaku dan sampah tidak dibuang ke dalam tong sampah disediakan.

Katanya, sikap sambil lewa segelintir pihak tersebut menunjukka­n mereka yang tidak bertanggun­gjawab itu terhadap persekitar­an.

Menurut Lo, pihaknya hanya dapat mendidik dan menggalak masyarakat agar tidak membuang sampah merata-rata tempat.

“Kita tidak berbuat apaapa selain menasihati dan mendidik masyarakat untuk tidak melakukan perkara tidak bertanggun­gjawab itu.

“Kita harap agar masyarakat dapat bekerjasam­a dengan kita dalam menjaga kebersihan di kawasan di sini,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut turut dihadiri Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai, Ketua Bank Rakyat Wilayah Sarawak, Mohd Salleh Talib dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kota Padawan, Sharvina Sarbini.

 ??  ?? LO
LO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia