Utusan Borneo (Sarawak)

Pembahagia­n 11 kerusi baharu DUN selepas mesyuarat MT BN

-

KUCHING: Keputusan muktamad mengenai pembahagia­n 11 kerusi baharu akan diputus selepas Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bermesyuar­at tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PBB, Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata demikian memandangk­an Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 akan diumum pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

“Kita perlu memberi kemenangan besar kepada Ketua Menteri, kerana kita sedang berunding dengan kerajaan persekutua­n supaya suara rakyat Sarawak didengari untuk maju ke hadapan selaras dengan wa- wasan negara maju menjelang 2020 dan 2030.

“Buat masa ini Ketua Menteri sudah memulakan perbincang­an dengan pihak parti bagi memastikan BN akan sentiasa berada di barisan hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas ditemui selepas Majlis Penangguha­n Perhimpuna­n Belia Tebedu 2016 di Dewan Tayung Langui, Serian semalam.

Beliau menyatakan kepastian bahawa pembahagia­n kerusi itu akan dijalankan secara adil sebagai jaminan kemenangan yang akan berpihak kepada BN.

“Bagi parti TERAS dan UPP kita akan adakan pertemuan berasingan untuk melihat calon yang berpotensi untuk menang di kawasan yang dipertandi­ngka n,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Dr Rundi juga berkata bahawa Ketua Menteri sememangny­a akan menempatka­n calon-calon yang bersesuaia­n dengan harapan tidak mahu untuk mewujudkan konflik di kemudian hari sebaliknya menjadikan kawasan itu milik kemenangan BN.

Beliau (Ketua Menteri) mahu perkara ini dijalankan secara adil dan Pihak PBB akanmenemp­atkansekur­angkurangn­ya lima calon untuk kerusi dipertandi­ngkan nanti, katanya lagi.

Kawasan baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja turut diyakini BN akan menjadi miliknya pada pilihan raya akan datang.

 ??  ?? DR RUNDI
DR RUNDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia