Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja kuat Wanita PBB bantu calon menang besar

Jamilah mahu sokongan kepada calon yang bertanding untuk pertahanka­n kerusi Lambir oleh PBB

- Oleh Steve Annuar

Wanita harus kerja kuat untuk kemenangan PBB dan BN. Kita harus memberi sokongan kepada sesiapa sahaja

” yang menjadi calon Lambir.

MIRI: Kerja kuat Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir mampu membantu calon memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu mahu sokongan terus diberikan kepada calon yang bertanding untuk mempertaha­nkan kerusi Lambir oleh PBB.

“Wanita harus kerja kuat untuk kemenangan PBB dan BN. Kita harus memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang menjadi calon Lambir,” jelas beliau merasmikan majlis makan malam Jalinan Mesra Wanita DUN Lambir malam kelmarin.

Sehubungan itu juga, kalangan wanita di negeri ini diminta memberi sokongan kepada kerajaan BN selain memberi mandat kepada Ketua Menteri Sarawak,

Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu Isteri Ketua Menteri

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memimpin negeri ini.

“Tanpa mandat sukar untuk kita memperoleh kemenangan besar. Kita harus beri peluang kepada beliau. Beliau seorang yang cekal, sabar dan komited,” jelas Jamilah.

Pada majlis tersebut, Jamilah yang juga Presiden, Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menyampaik­an peruntukan berjumlah RM150,000 kepada Biro-Biro Wanita di kampung dan rumah panjang dalami DUN Lambir.

Bantuan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) itu disumbangk­an oleh kerajaan negeri Sarawak sebagai dana menggerakk­an aktiviti golongan wanita di Lambir.

Jamilah turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat atas sokongan menganjurk­an sekali gus mengumpul lebih 700 wanita pada majlis itu.

Ripin memberitah­u, majlis merupakan perhimpuna­n terbesar wanita PBB Lambir yang turut menjemput rakan PBB dari DUN Pujut, Piasau, Senadin, Bekenu dan Telang Usan.

Ripin turut mengumum sumbangan geran RM10,000 dari DUN Lambir kepada SABATI untuk menggerak program kebajikan membantu golongan memerlukan.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PBB Lambir, Kaunselor Zainani Salleh dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak- Kanak dan Pembanguna­n Keluarga, Rosey Yunus.

 ??  ?? BERSAMA: (Dari enam kiri) Ripin, Jamilah, Rosey, Zainani dan wakil wanita PBB memotong kek tanda simbolik perasmian majlis Jalinan Mesra Wanita PBB Lambir, malam kelmarin.
BERSAMA: (Dari enam kiri) Ripin, Jamilah, Rosey, Zainani dan wakil wanita PBB memotong kek tanda simbolik perasmian majlis Jalinan Mesra Wanita PBB Lambir, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia