Utusan Borneo (Sarawak)

Projek tebatan banjir di Miri diharap dapat dilaksana segera

-

MIRI: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar berharap projek tebatan banjir bernilai RM30 juta dilulus untuk kawasan Miri dapat dilaksana tahun ini sebelum kedatangan musim tengkujuh penghujung tahun.

Menterinya, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, masalah banjir di Miri belum mencapai tahap kritikal dan kebanyakan berlaku disebab hujan bukannya berpunca kenaikan paras air laut.

“Kementeria­n berharap sistem tebatan ini akan meminima atau mengurangk­an kejadian bandir kilat di beberapa kawasan sekitar Miri khususnya Piasau Garden, Piasau Utara, EcoPark, Bakam dan Luak.”

“Justeru, kita berharap Jabatan Perparitan dan Saliran dan agensi berkaitan dapat melaksana projek ini sebelum musim tengkujuh tahun ini,” katanya semasa sidang media selepas Taklimat Rancangan Tebatan Banjir di Hotel Meritz, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, projek tebatan banjir bernilai RM100 juta untuk mengubah haluan limpahan air dari Sungai Baram terus ke laut sudah dilulus dan dilaksana di bawah Rancangan Malaysia kali Ke-11 namun ia ditangguh dahulu.

“Penangguha­n ini selepas mengambil kira peruntukan dan situasi banjir tidak kritikal pada masa lalu.

“Ia disebabkan limpahan air dari Sungai Baram yang mengalir ke Miri dan bukannya berpunca daripada kenaikan paras laut,”katanya.

Hadir sama Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau Datuk Sebastian Ting dan Pengerusi SUPP Pujut Adam Yii.

 ??  ?? PENERANGAN: Wan Junaidi (tengah) semasa sidang media di Miri, semalam. Turut kelihatan Sebastian (dua kiri) dan Adam (kiri).
PENERANGAN: Wan Junaidi (tengah) semasa sidang media di Miri, semalam. Turut kelihatan Sebastian (dua kiri) dan Adam (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia